CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 19 November 2009

Bicara Tentang UKHWAH



Manusia, seringkali melihat bahawa ukhwah itu hanya semata-mata hubungan antara dua orang sahaja. Tetapi hakikat yang sebenarnya adalah ukhwah itu tidak terbatas kepada manusia sahaja, dan tidak semestinya kepada orang kita kenal semata.

Ukhwah yang baik adalah tidak dapat tidak mestilah bersandarkan pada keimanan yang benar kepada Allah S.W.T. daripada sinilah wujudnya bersangka baik antara hubungan yang terjalin. Tanpa ukhwah yang hadir tanpa keimanan yang mantap kepada Allah sudah pasti prasangka baik takkan wujud dalam diri kita.

Baiklah, bila kita lihat pula pada tingkatan tertinggi ukhwah, yakni ithar, ataupun melebihkan sahabat berbanding diri sendiri, ia merupakan suatu pengorbanan yang tinggi dalam diri seseorang. Tanpa keimanan yang benar juga, maka sukarlah wujudnya ithar dalam diri mereka. Kita perlu tanamkan dalam diri kita seandainya sahabat itu tadi tak mampu membalas jasa dan pengorbanan kita, maka biarlah Allah sahaja yang membalasnya di akhirat kelak. Bukankah itu setinggi-tinggi balasan yang perlu kita peroleh?

Sesungguhnya setiap yang beriman itu bersaudara.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Tidak beriman seseorang kamu itu melainkan dia mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”
(Riwayat al-Hadis)

Ironinya rentak ukhwah yang sebegini sukar ditemui dalam masyarakat kita hari ini. Jangankan kata untuk melebihkan orang lain, hatta bersangka baik pun kabur disebabkan unsur-unsur hasad dan prasangka buruk sesama kita. Tanpa kemantapan ukhwah ini maka bagaimanakah pula untuk terbitnya kesatuan ummah? Tanpa kesatuan, maka dengan mudahlah ummah hari ini runtuh andai dilanda bagai, sedikit terjentik, terus roboh berpecah sesama sendiri.

Pertelagahan berlaku..

Bila dilihat pada sorotan sejarah lampau, ia sudah cukup menginsafkan kita. Renunglah bagaimana dengan mudah penjajah Barat meruntuhkan khalifah Islam suatu ketika dulu. Mereka memecah belahkan golongan yang beriman ini dengan dengan tembok sempadan. Akhirnya, daripada situ muncullah masyarakat yang sama dalam keimanannya, tetapi mementingkan diri masing-masing sahaja, tanpa ada rasa persaudaraan yang benar kepada saudara seimanannya yang lain, walau bersebelahan negara.



Nukilan damai ini saya tujukan khas buat teman yang amat dikasihi, disayangi, dirindu..segala-galanya kerana ALLAH. Moga dia sentiasa diberi kekuatan menempuh corak kehidupan ini..

“Apakah kamu menyangka dapat memasuki syurga dan kamu tidak didatangkan (ujian) kamu sebagaimana (telah diuji) mereka-mereka yang terdahulu dari kamu, mereka ditempuh kesusahan dan kesulitan, terasa (bumi) bergegar sehingga mereka yang beriman bersama Rasul berkata: “Bila lagi pertolongan dari Allah?”, Rasul berkata: “Bahawasanya sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”

( Al-Baqarah: 214)
Sabarlah sahabatku

Saat hati benar-benar diuji,
Itulah tanda kasih Ilahi buatmu,
Kita ini hanya menumpang di buana ini, pastikan mati..hanya saat yang menanti.

Sabarlah temanku, saat kau teruji,
Syukurilah nikmat itu,
Kerna Allah kasihkan dirimu,
Kerna Allah sayangkan kamu,
Itulah tanda Dia sentiasa bersamamu.

Kau insan mulia sahabatku, tiada tara kau tutupi gundahmu,
Semuanya kau telan sendirian tak mahu terbit pun kedukaaan,
Kau insan mulia sahabatku,
Jernih wajahmu sering terpancar menutupi rona-rona kerumitan yang kau rasai.

Sabarlah sahabatku,
Kekuatanmu memberi sinar kebahagian buatku..

0 ulasan: