CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Rabu, 22 April 2009

Gangguam itu.....sampai kapan?

Salam..

Bermulalah sudah sebuah perjuangan di bumi ‘U’ ni..lbh kurang sebulan lamanya. Satu saat yang benar2 dinanti2kan oleh warga mahasiswa n mahasiswi untuk menilai sejauh mana pencapaian masing2 di arena pembelajaran. Walaupun kita tahu yang ujian ini bukanlah satu wadah untuk menentukan takat mana kepandaian seseorang, namun ia tetap penting. Dan seperti biasa ramailah penggemar2 maktabah memenuhi ruang indah di maktabah yang penuh kondusif lagi mengasyikkan dan mana2 ceruk yg boleh di jadikan tempat ketenangan untuk study, baik untuk ilmu dan juga ‘study manusia’. Di setiap ceruk maktabah pasti ada yang akan berpasang2an lelaki dan perempuan..untuk husnudzan[1], kedatangan mereka juga untuk study..mungkin untuk membangkitkan semangat atau juga menerangkan pasangan yang mana2 tidak difahami.

Persiapan2 dah dibuat, hanya tunggu masa untuk bertempur di medan jihad..manakala di jalannya itu pasti akan temui mehnah sebagai tamrinat[2] untuk setiap diri kita. Selagi mana tak ke medan tempur itu, selagi itulah kita penuhkan diri dengan persediaan demi persediaan..jangan ada rehat sedikit pun kerana itu akan melemahkan kita. Perlu diingat! Bukan kita meminta tp ketentuan untuk setiap manusia, pasti akan diuji..dan sebesar2nya adalah ujian hati.

Pun begitu..setiap sesuatu tak akan terjadi melainkan dengan kehendak dan ketentuan Allah..bila Dia menghendaki yang begitu dan begini terjadi, maka jadilah. Kita hanya perlu berusaha, berdoa, dan bertawakkal.. Mehnah terbaru yang kita diuar-uarkan adalah tentang ’gangguan2’...maka semakin ramailah yang baru nak beringat2..

Gangguan apa? Banyak..tapi bila melibatkan ’makhluk’ ini, kita pasti akan tak mampu untuk duduk diam, sering ketakutan, dan fobia. Bila rutin kita study time awal pagi itu yang kita rasa terbaik, namun setelah kedengaran ada gangguan pada kawan2, kita juga jadi takut, cuak tak keruan. Jangan macam tu kawan2...la khasyatin ila makhlukin aakhar walakin hazrun faqat[3]..

Macamne nak berhazar tu? Saya ingin mengingatkan diri yang dhaif ni dan sahabat2 sekalian, dindinglah diri..bina kekuatan. Sesungguhnya sebaik2 penyembuh itu adalah al-Quran. Jangan tinggal sekalipun sehuruf al-quran dalam setiap helaian jiwa kita walau kat mana pun kita, walau apa pun yang kita lakukan dan walaupun kita dalam keadaan ma’zurah sekalipun ..

MATHURAT..masih ramai lagi di kalangan kita yang kurang mengamalkannya. Tak salah pun andai kita mengamalkannya dan mengingatinya malah itulah semulia2 amalan dan pelengkap untuk kita melawan anasir2 tersebut. Tapi sebaliknya yang berlaku di kalangan kita hari ini adalah tidur..berkhayal dan sebagainya. Dalam hadis sendiri pun dah dikatakan yang tidur lepas subuh, sempit rezeki kita malah lepas asar boleh membawa kita kepada kedunguan. Nak ke kita begitu? Bila ditanya pasti setiap insan akan mengatakan tidak mahu, tidak nak..tok se dan sebagainya.. andailah Allah tunjukkan kita ganjaran berlipat kali ganda pada setiap amal kebaikan yang kita lakukan sudah pasti kita tidak mahu melakukan kejahatan...Maha Suci Allah..

Saya menulis bukan kerana ingin mengherdik atau memberi komen yang bukan2 tapi hanya sebagai tazkirah untuk diri saya dan sahabat2 juga yang mana iman kita ini sentiasa turun dan naik, yang sentiasa perlu diingatkan dan peringatkan.

Kita tengok fenomena sekarang yang berpakaian ketat, berseluar jeans dan ber’baju syaitan’ sekarang lebih dipermudahkan pada urusan keluar masuk mereka dalam kediaman kita ini. Walaubagaimanapun yang memakai niqob...bertudung labuh, sering berhazar.. caranya terpaksa membuka niqob terlebih dahulu sebelum dapat menyinggah pulang. Setelah itu mata2 guard akan memandang seolah2 ada kesalahan pada mereka. Sedangkan mereka yang berpakaian ketat tadi berpeleseran di luar, malah dengan semena2 keluar dengan mamat2 ntah ke mana.

Usamah Bin Zaid menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Kalbi dan Rasulullah menghadiahkan pula kain tersebut kepada beliau (Usamah) untuk dibuat pakaian, tetapi Usamah pula memberikan kain tersebut kepada isterinya. Suatu hari Rasulullah bertanya Usamah, “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab, “Aku telah berikannya kepada isteriku.” Lalu Rasulullah berkata kepada Usamah : “Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya kerana aku bimbang sekiranya kain tersebut tidak dialas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu).”[4]

Kita bercakap atas dasar realiti dan kebenaran. Bagaimana untuk kita nak elak anasir2 ini dari berterus2an membuat gangguan dan mengacau iman kita andai benda sekecil ini pun kita xboleh jaga dan amalkan amalan2 ini.. janganlah solat hajat itu orang lain yang lakukan untuk kita, akan tapi kita sendiri pun tak pernah nak laksanakan..janganlah bacaan yaasin itu orang lain tolong ’semburkan’ untuk kita andai kita sendiri pun tak pernah nak amalkannya dan al-mulk pun begitu juga, malahan malam jumaat pun jarang2 sekali..janganlah mathurat itu berhabuk dulu barulah nak bukak. Dan janganlah benda itu mengganggu kita, barulah kita mencari ubat penyembuhnya... subhanallah..ayuhlah wahai diri, bangkit...!! kita hanya berusaha, dan setiap ketentuan, yang baik mahupun buruk itu datang dariNya yang Esa..

Ya Allah..ampunilah dosa2 kami..di atas kealpaan kami..

“Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah. Wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah An-Nur : 30 – 31)



[1] Bersangka baik
[2] Latihan
[3] Jangan takut kepada makhluk yang lain..akan tetapi berhati2 sahaja.
[4] Antara tujuan menutup aurat ialah untuk mengelak dari berlakunya fitnah. Sekiranya wanita itu berpakaian ketat sehingga jelas kelihatan potongan badan dan bahagian-bahagian anggota tubuh badannya maka keadaan ini boleh menimbulkan fitnah yang berakhir dengan pelbagai bentuk jenayah yang dikutuk oleh agama.