CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Ahad, 12 Julai 2009

Koreksi Diri yg Hina lagi Dina.



Sesungguhnya..sesungguhnya saat-saat tidak mencoretkan sesuatu membuatkan fikiran saya tepu..berdebu dengan sesampah yang senantiasa bertebaran. Kini saya kembali..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Setelah sekian lama tidak menghasilkan satu perkongsian di ruangan yang serba dhaif ni terasa dah semakin bersawang, di merata-rata corot..sungguh..sungguh buatkan saya rindu..

Minggu ini bermulalah kuliah bagi semester baru setelah sekian seminggu lebih saya balik ‘berehat’, rehat segala-galanya di kampung halaman walaupun pada awalnya saya dan sahabat-sahabat bakal bertemu dengan tugasan di kampus. Allah lebih mengetahui..aturannya lebih indah jika dibandingkan dengan percaturan dan perancangan kita. Rupa-rupanya tugasan besar menanti di kampung tercinta, bersama-sama adik-adik dan ibu ayah yang dirindui. Mereka lebih memerlukan rupanya..


Sepanjang di rumah, seperti biasa, peranan sebagai senioriti dimainkan sebaik mungkin. Adik-adik patuh dengan setiap arahan, mungkin ketegasan ketika bersama mereka..mengaji harus awal, solat jangan tinggal..tapi kadang-kadang ada juga yang kecundang.

“Abang dah sembahyang belum?” Saya cuba bertanya pada permata hati keenam yang asyik dengan tayangan bolanya, kusyuk...


“Tak lagi..kejap lagi kak..”


Apa lagi untuk saya lakukan..membebel dan terus membebel.. Kanak-kanak perlu sentiasa diingatkan. Tapi Alhamdulillah, solat tidak dia tinggalkan walaupun usianya di setahun jagung kini.

“Teh, mengaji tak tadi?” tanyaku pada adik ketujuh, Nur Auni Aisyah yang senangku panggil Teh.


Orang mengaji tadi kak..


Tambah adik Anis; kak, adik Anis pun ngaji tadi ngan Che’.


Lega hatiku.. ok, jom..sekarang ngaji dengan kak pulak. Begitulah rutinku saban malam. Terasa nak je adik-adikku duduk di sini juga agar tak jauh dari pandangan. Aku ingin bersama mereka untuk laksanakan tanggungjawab yang terabai, tapi setakat itu sahaja yang mampu untuk saya lakukan. Mak ayah menghela nafas lega ke masjid berjamaah bersama dan saya pula di rumah bersama adik-adik yang masih kecil…


Seminggu lebih juga berada di kampung halaman, namun terasa seakan beberapa hari sahaja. Begitulah kita, tiap saat yang kita ada takkan pernah kita rasa mencukupi. Saat yang benar-benar saya tak dapat lupakan ketika cuti adalah bersama-sama atuk ke dusun durian, setelah sekian lama tidak ke dusun buah-buahan sejak usia menginjak dewasa. Ibu tidak membenarkan pada mulanya, tapi saya katakan tak mengapa.. InsyaAllah tak ada apa-apa..saya cuba meyakinkan. Susah benar untuk ibu membenarkan ke tempat-tempat sedemikian sedangkan ibu tidak tahu yang seluruh jiwa anaknya ini benar-benar lasak, benar-benar menggemari tempat sedemikian. Tanpa pengetahuannya, saya ke tempat program yang juga lebih mencabar..gigitan nyamuk menjadi peneman, kesejukan hinggap ke tulang, dan bermacam-macam lagi..seronok..


Masa tengah bersama-sama atuk dan nenek menyusun dan kemudiannya mengupas buah durian tu, nenek sempat bagi pesanan..yang masih lagi terngiang-ngiang di telinga ni.. katanya..

“Yue, bila kami tak ada, yue dan adik-adik nilah yang akan tengok-tengokkan dusun ni, datang selalu ya..banyak hasilnya kat sini..”


Tambah atuk yang saya panggilnya Che’ dalam sedikit senyuman yang mengerti...

“Betul Yue, bila yue dah ada ‘abang’, dah berbunya nanti, bawak dia ke sini..kutip hasil pokok-pokok kat sini”

Saya mendengar sambil menganggukkan kepala. Dengan perlahan saya menjawab,

“Baik Che’, InsyaAllah Yue akan ingat pesan ni.” .


Kerana dialah yang bakal mengemudi diri..ke mana dia akan bawa, di situlah saya..namun akan saya pastikan dia juga miliki setiap apa yang saya miliki.


Kini saya sudah di sini..di medan ilmu yang saya sedar cukup banyak mehnah dan tribulasinya. Saya sering diuji dengan ‘kesenangan dan kelekaan’, tapi sem ni dari awal-awal lagi masyaqqah lain pula mengundang.. Mungkin ini yang saya inginkan dulu..nah, sekarang saya rasainya. Moga saya temui tiap titisan penyelesaian pada dugaan yang kian mencabar ini.


Di musin cuti lagi saya sudah mengatur setiap apa yang ingin saya lakukan. Bermacam-macam ingin saya buat..tapi mampu kah diri..dalam diri yang serba kelemahan ini, saya takkan mampu melakukan keseorangan melainkan dengan dorongan dan pertolongan..agar tidaklah diri ini jatuh ke lembah stigma. Kerana sahabat lah yang bakal memberi sinar cahaya sebagai sumber inspirasi.


Saban hari, berganti malam..diri sering merancang untuk mencorakkan sesuatu untuk hari esok. Betapa banyaknya perancangan kita untuk menjadi seorang yang lebih proaktif, lebih produktif dan juga preventif..segala-gala melainkan hanyalah untuk Islam semata-mata.

Saya sendiri pelik, segala benda ingin saya lakukan..nak buat itu, nak buat ini..tugas itu, tugas ini..tapi apakah saya mampu?


La Yukallifullahunafsan Illa wus’aha.. insyaAllah..


Kadang-kadang ada juga saya terfikir..lari ke niat sebenar datang ke sini? Tapi cepat-cepat saya perbetulkan.. kerana setiap apa yang saya lakukan ada matlamat dan tujuan, walaupun diri dalam kepenatan dan keletihan. Itu juga suatu tarbiyyah, bukanlah dikatakan belajar jika hanya pergi dan balik kelas semata-mata

Bagi saya bila kita dapat melakukan sesuatu yakni diberi tugasan maka itu merupakan suatu kepercayaan yang orang berikan pada saya. Jadi mengapa tidak untuk kita lakukan sebaik mungkin. Saya cuba untuk menyusun dengan fleksibel mengikut kemampuan diri agar tidak banyak dibuang ke hala yang entah ke mana..tidak sepertimana pelajar-pelajar biasa yang hanya belajar semata. Saya cuba untuk tidak menjadi sebegitu. Namun, ada juga sesetengah pihak terasa atas kesibukan ini..


Saya akui..


“Yue, berkawan dengan Yue ibarat saya berkahwin dengan tentera laut”

Sahabat baik sendiri pernah katakana begitu.. walau saya tahu itu hanya gurauan, tapi..saya bisa menerimanya..kesian kerana punyai teman seperti ini. Dia bukan ahli kita, jd bagaimana untuk saya khabarkan padanya? Yang penting dia mengerti..kerja yang saya lakukan adalah untuk Islam semata. Walaupun ada juga kerja yang saya lakukan adakalanya untuk kepentingan diri, namun ia juga demi Islam kerana ia perancangan untuk yang lebih baik..mengertilah sahabatku.. tiada masa yang mampuku luangkan untuk bersembang, bergelak tawa, menonoton CD dan menyinggah di pasar-pasar malam sepertimana sahabat-sahabat yang lain, tapi itu tidak mengapa kerana saya rasa masa saya lebih ke arah yang berfaedah. mad’u kita lebih ramai..itu sebaiknya kita laksanakan.


Kali ini, bila munculnya semester diri, sekali lagi saya diberi kejutan yang yang dari awal dah dijangkakan. Subhanallah..sem ni semua pensyarah adalah dari kalangan ‘foreigner’-arab dan yang berkulit hitam. Yang kita dah sedia maklum mereka punyai slengh masing-masing yang amat sukar di catch up bagi orang seperti saya, masih merangkak bilamana ingin berkomunikasi dalam lughatul Jannah, bahasa arab.


Namun saya cuba, saya anggap inilah peluang untuk saya memahirkan diri dengan bahasa-bahasa selain daripada bahasa kebangsaan kita sendiri. Manakala subjek pula, semua arab melainkan subjek Halaqah. Dari kalangan mereka sentiasa mengingatkan bahawa pelajar dari pengkhususan ini, malu kalau tak pandai bahasa Arab. Dalam diri saya terima, anggap ia sebagai satu cabaran dan ransangan. Susunan Allah dah terbaik..


Diri kembali meneruskan tugasan harian.. Cuma satu yang saya harapkan, mengertilah teman, mengertilah sahabat, mengertilah ayahanda dan bonda..mengertilah setiap insan yang sentiasa di samping..saya memerlukan kalian..sokongan kalian..serta bimbingan kalian..


“Ya ALLAH, aku mohon agar keikhlasan sentiasa muncul dalam hatiku pada setiap amalan yang aku lakukan..ya ALLAH, pertolonganMu aku harapkan, Kau bantulah aku..”

Malam pun melabuhkan tirai..sendu tangisku bila berkhulwah denganMu..cukup syahdu…

`

4 ulasan:

نىك محمد حافظول berkata...

InsyaAllah, andai ikhlas Tuhan akan makbulkan permohonan ini.

panjang betul ukht menulis ye..

yue_emaniez berkata...

syukran..mudah2an begitulah hendaknya..
ana xpandai menulis, ni sekadar perkongsian buat tatapan sahabat2 di luar sana.
jk kita btul2 istiqamah di jalan ni i'allah, pasti dipermudahkan dan diperelokkan.

نىك محمد حافظول berkata...

alhamduliLlah...

saya tgh fikir.. macammaner ukht boleh menuntut di dalam dua institusi sekali gus.. Barangkali! am i right?

yue_emaniez berkata...

salam buat saudara yang bertanya,

untuk pengetahuan, ana sekarang di USIM..dan bukanlah berada di dua institusi sekali gus.
mac 2008 ana tamat di KUIS, Julai 2008 ana sambung pulak di USIM.
memeng ana penah blajar di dua tempat yg berlainn, masa di kuis dulu, sem dua ana balik semula ke sekolah lama utk blajar stam seminggu nak exam n mntk pengecualian kelas utk exam stam
waallahu'alam..