CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 16 Jun 2009

Kem Harapan SAPURA dalam Kenangan

Salam ukhwah buat semua..

Dah lama rasanya tak mencoretkan sesuatu sebagai sedikit perkongsian.
Kem yang mengundang seribu kenangan bersama adik-adik...
1) Sekolah Menengah Dato’ Mohd Said
2) Sekolah Menengah kebangsaan KLIA
3) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sepang
4) Sekolah Rendah Kebangsaan Daching
5) Sekolah Kebangsangsaan Dato’ Ahmad Manaf
6) Sekolah Kebangsaan Mendum
7) Sekolah Kebangsaan Ulu Beranang
8) Sekolah Kebangsaan Sungai Jai
9) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil



Yang mana telah dirasmikan oleh ‘bonda kita yang TERCINTA’ Datin Seri Rosmah Mansor.. Kali pertama memandang dekat ‘bonda’ membuatkan hati terpikat..betapa sifat ‘keibuannya’ terpancar... Kali ni terpaksa ‘hipokrik’..bagi senyuman yang menawan pada ‘bonda’..

Setelah sekian lama menyepikan diri dari menerima tawaran dan memohon tugasan sebagai fasilitator, kali ni hati terdetik menerima untuk berada dalam program bersama-sama adik-adik ni. Walaupun keberadaan saya bukanlah sepenuhnya kerana ada komitmen yang lain, namun hati tetap puas bersama adik-adik kerana sekurang-kurangnya rindu dalam penglibatan diri dalam program sebegini sedikit terubat. Seingat saya program terakhir saya sebagai fasilitator adalah dalam Kem Nurul Iman yang ditaklifkan sebagai Koordinator. Apa-apa pun kita hanya merancang..Allah yang aturkan sejauhmana kita untuk terus kekalkan impian dan harapan. Saya tak mampu untuk teruskan tugasan ini walaupun suatu ketika di zaman kegemilangan saya pernah dijulang sebagai Timbalan Pengerusi dalam salah sebuah persatuan kebajikan. Ini bukanlah untuk mengengkat diri yang serba dhaif tapi hanya sebagai perkongsian betapa diri ini terlalu rindu untuk terlibat dalam program sebegini. Mungkin jiwa yang lebih dekat dengan adik-adik buatkan saya rindu, rindu untuk teruskan perjuangan ni walaupun mengundang seribu kepenatan dan keterbatan masa sebagi seorang mahasiswa. Namun inilah peranan kita..

Program kali ni sedikit istimewa kerana tugasan dakwah bukanlah hanya untuk masyarakat Islam sahaja akan tetapi juga pada kaun India dan Cina sekitar Negeri Sembilan. Suka untuk saya kongsikan adalah pada masa program tersebut, saya lebih ‘dekat’ dengan adik Prasanth Rao @ Rao a/l Mohan Rao. Mungkin disebabkan dia lebih banyak bertanya maka perhatian sedikit kepadanya tetapi di sini bukanlah erti pilih kasih..mudah-mudahan kemahiran yang kita tunjukkan padanya menarik minat untuk dia mendekati Islam.

Telatah lucu yang tak dapat saya lupakan adalah dengan kehadiran adik Muhd Fakhrul b. Baki. Dia seorang yang pandai bercerita. Dengan kelebihan yang dia miliki saya yakin dia mampu untuk ke depan suatu masa nanti.. “Dik, k.yue rindu nak dengan tone adik..-Apa yang Penting..kerjasama..” Apa yang meninggalkan kesan pada diri adalah ada salah seorang peserta mempunyai wajah yang seiras dengan saya. “Fasi dan peserta muka sama la..cuba tengok betul-betul kak.” Kata seorang adik. Di hari pertama lagi saya dikhabarkan oleh beberapa orang fasilitator tentang itu, namun hati menidakkan. Tapi bila peserta pun kata begitu, syukur sangat sebab dah lama saya nak tengok orang yang seiras dengan saya. Kat mana saya pergi pasti akan ada orang kata muka iras dengan kawanla, saudara la, dan sebagainya. Semua itu kuasa Allah...

Tugasan sebagai seorang fasilitator bukanlah mudah seperti mana yang dikhabarkan. Ia memerlukan suatu kemantapan dan kemahiran yang tinggi dalam diri untuk menyampaikan sesuatu ataupun juga dikenali sebagai pemudah cara. Dari sinilah kita disarankan agar mempunyai keyakinan dan keberanian yang tinggi ketika bersama-sama mad’u kita. Dari sudut inilah akan menarik minat mad’u untuk terus menerima dan menghadamkan setiap apa yang kita berikan..hadirnya kita adalah untuk ‘memberi’ tapi bukakan hati kita untuk ‘menerima’ segala input yang berguna...

Fasilitatorlah sebagai qudwah yang akan memberi tunjuk ajar sebagai ikutan yang baik untuk dicontohi (qudwah qobla dakwa). Dalam pada itu juga, kita perlu ingat kehadiran kita ini adalah untuk mempermudahkan bukanlah untuk mempersulitkan lagi keadaan(taisir la ta’sir). Di samping itu, sebelum ke depan dalam mengorakkan langkah, para fasilitator perlulah terlebih dahulu menjalin keakraban dengan bertaaruf untuk saling kenal-mengenali adik-adik sebelum meneruskan pengajaran. Justeru itu dengan sedikit kemahiran yang ada gunakanlah sebaik mungkin. Kita tidaklah perlu menunggu untuk mendapatkannya tapi kita perlu mencari dan terus mempelajari. Perkara ni kalau kita tak asah tak terhasil kerana setipa manusia mempunyai bakat Cuma atas kepandaian mereka bagaimana untuk mengetengahkannya.

Teruskan perjuangan sahabat-sahabatku..jangan penunggu peluang yang ada, akan tetapi kejarlah ia walau sesukar pun asalkan Redha Allah ingin kita capai. Tajdid niat, luruskan matlamat..moga-moga jalan yang kita pilih suatu pilihan yang baik buat kita. Buat adik-adik, salam kemaafan andai ada kesilapan yang akak telah lakukan, dan mudahan-mudahan apa yang akak sampaikan memberi seribu pengajaran yang berguna buat semua. Akak doakan adik-adik berjaya...amin.

1 ulasan:

Afni_Sabah Girl berkata...

tahniah kerana bersama2 dlm program yang bermanfaat ini... semoga lahir lebih ramai insan-insan seperti akak yang bisa menggegarkan dunia dengan dakwah yang tulus ikhlas...