Salam imtihan buat semua teman seperjuangan, adik-beradik yang sentiasa dalam ingatan dan sesiapa sahaja yang mungkin kenal atau tidak.
Cukup pantas masa berlalu tanpa kita sedar kita sudah di ambang peperiksaan akhir untuk semester ini. Adik-adik kita di fatrah Tamhidi kini tengah bertarung, saya makin merasai kita pula di dewan
Dalam meniti hari-hari untuk bertarung, saya lebih senang untuk membiarkan diri tanpa sebarang gangguan. Berteduh di ruang perpustakaan cukup melapangkan minda, tanpa asyik diganggu dengan manusia sekeliling atau juga bayangan emosi dan fikiran yang menerawang berfikir hal yang bukan-bukan. Saya lebih senang bertarung minda di tempat sunyi tatkala menelaah pelajaran. Saya bukanlah seorang hebat jauh lagi seorang yang cendikiawan, namun itulah cara yang saya amalkan selama bergelar sebagai mahasiswa. Terus berlari, ya terus berlari agar hidup ini bererti..
Kejayaan tak
Sedar atau tidak, saya sudah pun di semester empat, yang mana pasti akan menghadapi mehnah yang lebih besar. Dengan sukatan pembelajaran yang lebih mencabar, saya tahu saya takkan mampu laksanakan melainkan dengan usaha yang gigih dan semangat yang kental. Namun, pergantungan pada Allah yang utama. Pesan guru, solat hajat jangan tinggal. Seorang sahabat yang senantiasa mendapat dekan ketika di kuis suatu masa dulu berkongsi resepi terhadap kejayaan yang diperoleh, katanya jika kita tak dapat bangun tahajjud setiap malam, pastikan kita dah pun laksanakan solat hajat, sekurang-kurangnya dua rakaat. Jadi, petua yang dia amalkan di samping usaha dan usaha, di tak pernah meninggalkan solat hajat ketika di ambang peperiksaan seusai solat isyak. Hasilnya,.walaupun dia bukanlah seorang yang ‘kaki meja study’, sering tiada di bilik kerana aktif dengan organisasi kampus, namun dia pandai dan lincah dalam perolehan ilmu di dalam kelas, di samping pulun betul-betul ketika di final exam. Bagi dia, dia sedar, jika dia menolong agama Allah, pasti Allah akan tolong dia, mudahkan dia diberi kefahaman dan ketajaman akal fikiran.
Lihatlah teman-teman, setiap orang ada cara masing-masing untuk menempa kejayaan.
“Jika dada anda sesak, masalah yang dihadapi sangat rumit, dan tipu muslihat sangat banyak maka bersegeralah datang ke tempat sembahyang dan sembahyanglah.”
Buat teman-temanku, doakan sahabat kalian ini juga, moga-moga kita sama menempa kejayaan yang kita impikan. Ingatlah, kejayaan dan perjuangan kita biarlah seiring di jalannya.
Kod | Nama Kursus | Set | Tarikh | Masa | Tempoh | Tempat | No Meja |
UTA2082 | PENGAJIAN HALAQAH | HLC4 | Tiada Peperiksaan Akhir | ||||
LBA2083 | FIQH AL-MUNAKAHAT | KLC | <>19/04/2010 | <> 9:00AM | <>3 jam 0 minit | <>STADIUM | <>745 |
AAA2022 | AKHLAK DAN TASAWWUF | KLC | <>22/04/2010 | <> 9:00AM | <>2 jam 30 minit | <>STADIUM | <>432 |
UTA2072 | PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH | KLC | <>27/04/2010 | <> 9:00AM | <>2 jam 0 minit | <>STADIUM | <>603 |
LCA2033 | MABAHITH ADILLAT AL-AHKAM | KLC | <>28/04/2010 | <> 2:30PM | <>2 jam 30 minit | <>STADIUM | <>465 |
LCA4632 | UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN DAN PENTADBIRAN | KLC | <>30/04/2010 | <> 9:00AM | <>3 jam 0 minit | <>STADIUM | <>528 |
LAA2043 | QAWA`ID FIQHIYYAH | KLC | <>30/04/2010 | <> 3:00PM | <>2 jam 30 minit | <>STADIUM | <>330 |
LCA3053 | PENGAJIAN MALAYSIA | KLC | <>05/05/2010 | <> 9:00AM | <>3 jam 0 minit | <>STADIUM | <>320 |
LAA2053 | AL-AHWAL AL-SAKHSIYYAH | KLC | <>06/05/2010 | <> 9:00AM | <>3 jam 0 minit | <>STADIUM | <>684 |