CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 22 Mac 2010

Hak anak lebih utama daripada penjaga

Saudara baru tidak boleh diperintah serah penjagaan kanak-kanak kepada bukan Islam

POLEMIK berkaitan hak penjagaan anak apabila salah seorang ibu atau bapa bukan Islam memeluk Islam masih belum dapat dirungkaikan. Walaupun Islam mempunyai kedudukannya yang istimewa di dalam Perlembagaan Persekutuan, ia seolah-olah tidak memberi tiket istimewa bagi mualaf mendapat hak jagaan anaknya dan mengIslamkan anak terbabit.

Persoalan ini masih lagi dibicara dan disensasikan oleh beberapa pihak. Penghakiman Mahkamah Persekutuan di dalam kes Subahsini lawan Saravanan nampaknya tidak dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Daripada lensa hukum syarak pula, seorang kanak-kanak itu dikira Islam jika ibu atau bapanya seorang Islam. Ia berlaku secara automatik tatkala ibu atau bapa berkenaan memeluk Islam. Melainkan di dalam keadaan tertentu orang bukan Islam tidak harus diberikan hak penjagaan kanak-kanak Islam, kerana hak penjagaan adalah hak penguasaan (haq al-wilayah). Orang bukan Islam tidak mempunyai hak penguasaan terhadap orang Islam. Firman Allah di dalam Surah An Nisa’ ayat 141 bermaksud: “Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang kafir untuk membinasakan orang beriman” menjelaskan perkara ini.

Walaupun sekiranya orang bukan Islam diberikan hak jagaan anak-anak Islam, mestilah diletakkan beberapa syarat ketat bagi memberi hadanah ini kepada orang bukan Islam. Hal yang demikian bagi memastikan al maqasid al syariah yang lima itu dapat dipelihara. Lima al maqasid al syariah itu ialah menjaga agama, harta, keturunan, aqal dan nyawa.

Dr Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya al fiqhu islamiy wa adillatuhu mengutip pandangan Imam al Shafie bahawa syarat umum pihak yang diberi hak penjagaan anak (haadin) adalah cukup umur, sempurna akal, berkeupayaan mendidik kanak-kanak, berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah dan seorang Islam. Islam adalah syarat penting untuk seseorang menjaga kanak-kanak Islam.

Al-Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini dalam kitabnya Mughni al muhtaj pula menegaskan

“Hadanah dari segi syarak membawa maksud tanggungjawab menjaga seseorang yang tidak mampu menguruskan dirinya sendiri, oleh kerana masih belum mampu atau tidak mampu membuat pilihan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk, seperti kanak-kanak kecil atau orang dewasa yang gila, dan juga tanggungjawab memberi pendidikan kepada mereka yang berkenaan itu hingga menyebabkan mereka berjaya menjadi manusia baik, serta tanggungjawab memberi makan minum dan seumpamanya kepada mereka.”
Walau apapun, objektif hadanah dalam Islam sebenarnya bertujuan menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak itu dari segi agama, harta, keturunan, aqal dan nyawa sejajar dengan al maqasid al syariah seperti dinyatakan di atas tadi. Asas dan objektif hadanah ialah maslahat dan kebaikan budak yang dipelihara dan dijaga sebagai hak asasi budak itu.

Hak kanak-kanak ini mesti diutamakan lebih daripada hak pihak yang memelihara seperti dinyatakan oleh Sayid Sabiq dalam Kitab Fiqhul al-Sunnah, yang bermaksud, “Sesungguhnya setiap menjaga dan dijaga (anak) mempunyai hak dalam pemeliharaan tetapi hak dijaga lebih kuat daripada hak yang menjaga.” Ibnu Qadamah pula berpandangan “Sabit hadanah adalah untuk menentukan nasib (kepentingan) budak (kanak-kanak) itu.”

Daripada kacamata perundangan Islam pula, perbuatan seorang Islam yang menyerahkan, memberikan atau menjual anaknya atau kanak-kanak di bawah peliharaannya kepada seorang bukan Islam untuk menjaganya adalah satu kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah.

Umpamanya Seksyen 35 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memperuntukkan: “Mana-mana orang yang menjual, memberikan atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak di bawah peliharaannya kepada seseorang yang tidak beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut berkenaan dengan anak atau kanak-kanak itu.”

Maka dalam hal sedemikian timbullah polemik kepada mualaf sekiranya diperintahkan memberi hak jagaan anak Muslimnya itu kepada pasangannya yang bukan Islam. Mengikut undang-undang syariah ini beliau melakukan kesalahan tetapi pada masa sama, sekiranya beliau ingkar perintah mahkamah mualaf ini boleh disabitkan atas kesalahan menghina mahkamah. Sudah tentu mualaf yang patuh kepada undang-undang diletakkan di dalam keadaan yang amat sukar di antara kesalahan Seksyen 35 itu dan menghina mahkamah.

Pada pandangan saya, tatkala seseorang itu memeluk Islam maka undang-undang Islamlah yang terpakai ke atasnya. Oleh itu Enakmen Jenayah Syariah yang disebut di atas hendaklah terpakai ke atas mualaf ini. Pada masa sama, mahkamah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah hendaklah tidak menjadi alat kepada sebarang tindakan melakukan kesalahan seperti Seksyen 35 di atas.

Dalam hal yang sedemikian mualaf tidak boleh diperintahkan memberikan hak jagaan anak Islamnya kepada orang bukan Islam. Tindakan sebegini boleh dilihat seolah-olah mempromosikan perlakuan jenayah yang sudah tentu tidak selari dengan objektif kewujudan sesuatu mahkamah untuk menegakkan keadilan mengikut undang-undang yang berkuatkuasa.

Polemik ini hanya boleh diselesaikan jika makna sebenar Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan diberikan seperti dijelaskan di dalam beberapa penghakiman terdahulu seperti Nenduchilian dan Subahsini. Malah kedudukan istimewa Islam mesti diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira batasan ras dan agama.

Kedudukan istimewa ini bukanlah memaksa orang bukan Islam memeluk Islam tetapi mempertegaskan modul penyelesaian sesuatu kemelut perlulah berasaskan penyelesaian yang digariskan oleh agama negara iaitu Islam di samping menjamin hak orang bukan Islam menganut dan mengamalkan agama mereka seperti di dalam Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan boleh dihubungi melalui e-mel di zainul.rijal@abubakar.my

Jumaat, 26 Februari 2010

kERINDUAN PADAMU YA rASULULLAH..



Salam bagimu ya Rasulullah. Izinkan aku menziarahi pusaramu yang suci. Aku ingin menangis dan menyapamu di sudut makammu yang hening. Aku ingin menatap pandumu dalam kerinduan yang syahdu. Salam bagimu ya Rasulullah. Izinkan aku bertemu denganmu, walau sedetik cuma.

----------
Rindu kami padamu ya Rasul Rindu tiada terperi Berabad jarak darimu ya Rasul Seakan dikau di sini Cinta ikhlasmu pada manusia bagai cahaya suwarga Dapatkah kami membalas cintamu secara bersahaja

Air mata ini mengalir begitu saja. Syair itu begitu indah dan bersahaja. Aku tak sangup untuk mendengarnya sampai bait akhir. Tulus suara dan ungkapan kasih yang bening, keluar dari bibir siswi SMU itu. Syair yang dinyanyikannya membuatku hampir kehilangan kesedaran. Aku dibelenggu kecemasan dan goncangan hati yang menderu. Semua manusia ikut larut dalam syair kerinduan itu. Tak ada yang sunyi. Semua tergamam. Mereka bersaksi bahwa mereka merindukan Rasulullah.

Di sampingku ada seoarang ibu yang menatap heran diriku. Seolah bertanya ada apa gerangan dengan diriku? Mengapa aku menangis? Aku memilih diam dan larut dalam resapan lagu itu. Selang dua baris lagu tersebut, aku mendengar suara tangis begitu menyayat hati. Rintihannya pilu penuh duka. Sampai bibirnya bergetar tiada henti memanggil nama Rasulullah saw. Aku ingin tahu siapa gerangan dia yang berhati pilu. Aku mengerakan kepalaku. Bergeser ke arah kanan menuju sumber suara pilu itu. Aku hampir saja terkejut. Yang menangis pilu rupanya si ibu tadi yang menatapku keheranan.

Aku menangis lagi. Tak berkudrat lagi menggumamkan syair rindu buat Nabi tercinta. Entahlah, saat itu, semua mata manusia di perayaan Maulid Nabi, berbinar menahan haru. Mereka larut dalam gerak bibir kerinduan. Kerinduan pada al-Musthafa.

Aku masih tak bisa menghentikan tangisku. Bunyi biola itu makin menyayat hatiku. Gumam lagu itu membuat hatiku bergemuruh. Rasa maluku yang besar pada Rasullullah tiba-tiba muncul. Kekerdilanku di hadapannya benar-banar nyata. Aku tak kuasa. Aku rindu pada Rasulullah, tapi aku malu. Malu dengan dosaku yang teramat banyak. Malu dengan besarnya kecintaan Dia padaku. Aku benar-benar tak kuasa menahan haru. Air mata ini terus menderas. Dan aku tak ingin air mata ini berhenti. Aku benar-benar menikmati kerinduan; kerinduan disapa kanjeng nabi. Kerinduan menyapa dia.

Aku ingin pengalaman ini terus selalu hadir di setiap saatku. Di hujung syair, semua tangis meledak. Semua kepala merunduk. Semua tangan menutup muka menutup malu. Semua getar di hati tumpah dalam kerinduan pada Kanjeng Nabi. Kami diam dalam hening.

Salam bagimu ya Rasulullah... Aku maerindukanmu ya Rasulullah.

Di mana gerangan ruhmu yang suci berlabuh; aku ingin memeluknya. Di mana gerangan jasadmu yang suci berbaring; aku ingin menciumnya.

Salam bagimu ya Easulullah. Izinkan aku berziarah ke pusaramu yang suci. Aku ingin menangis dan menyapamu di sudut makammu yang hening. Aku ingin menatap pandumu dalam kerinduan yang syahdu. Salam bagimu ya Rasulullah. Izinkan aku bertemu denganmu, sedetik saja.

Salam bagimu ya Rasulullah... dari hambamu yang kotor dan berdebu...
Salam maulidur Rasul buat semua..
(olahan daripada OASE QALBU)

Isnin, 8 Februari 2010

KEM GEMILANG FSU JANA PELAJAR TERBILANG




Bandar Baru Nilai, 4 Februari 2010 - “Menyalahkan orang lain tidak dapat menyelesaikan masalah. Jangan mencari siapa yang salah sebaliknya selidik apa yang salah dan perbetulkan untuk kebaikan bersama” ucap Y.Bhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Pengarah Urusan dan Perunding Utama Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.”Kenali kehebatan dan potensi diri sendiri untuk tampil yakin di hadapan umum dan cari kemahiran diri yang boleh dibanggakan” tambah beliau semasa memberi ceramah kepada pelajar Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Kem Gemilang FSU 2010.

Hampir 500 pelajar Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM menyertai Kem ini yang bertemakan ‘Mengangkasa Kecemerlangan Diri untuk Menjana Pelajar Terbilang’. Kem ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Bachok M. Taib, Pemangku Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa mewakili Naib Canselor USIM.Antara kandungan kursus sepanjang kem ini berlangsung adalah seperti penganalisisan kendiri, teknik belajar di IPT, komunikasi pembelajaran di IPT, memperseimbangkan penghidupan di IPT dan rangka tindakan merealisasikan kecemerlangan di IPT.


Menurut Y.Bhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, berdasarkan kajian terdapat beberapa masalah yang menjadi punca pelajar tidak dapat memberikan tumpuan yang baik dalam pelajaran sekaligus tidak dapat mempamerkan kejayaan yang cemerlang. Ianya berpunca dari perasaan rendah diri dalam diri setiap pelajar. Kebanyakan pelajar mudah mengkagumi kehebatan orang lain sehinggakan tidak sedar dengan kehebatan dan kebolehan diri sendiri.Beliau menambah, tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan sekiranya tidak berusaha. Sekiranya gagal untuk membangunkan diri, berubahlah dan bersedia untuk diubah oleh orang lain.

“Sentiasa yakin dengan kebolehan diri sendiri. Berusaha, berdoa dengan yakin dan beristiqamah, Insya Allah akan dipermudahkan oleh Allah”, tambah beliau lagi.

Muhamad Khairil Kamarudin, 22, pelajar tahun 3 Jurusan Syariah dan Undang-Undang berkata, “Kursus sebegini bagus untuk memberi motivasi dan meningkatkan semangat di kalangan pelajar. Banyak tips-tips yang berguna diberikan untuk memajukan diri dalam mencapai kejayaan”.Sementara itu, Nur Afiqah Norman, 21 , berharap kursus seperti ini dapat membuka minda pelajar disamping dapat mengenali diiri sendiri dan berusaha untuk berubah dan lebih cemerlang di masa hadapan.


Oleh :Siti Maizatul Akmar Ismail
Pembantu Wartawan
Unit Komunikasi KorporaT
http://www.usim.edu.my






Khamis, 21 Januari 2010

Aku Ingin Hidup secerah Mentari..



KOD KREDIT KETERANGAN

AAA2022 2 Akhlak dan Tasawwuf
LAA2043 3 Qawa'id Fiqhiyyah
LAA2053 3 Al-ahwal Al-sakhsiyyah
LBA2083 3 Fiqhul Munakahat
LCA2033 3 Mabahith Adillatul Ahkam
LCA3053 3 Pengajian Malaysia
UTA2072 2 Pemikiran Kreatif dan Penyelesaian Masalah
UTA2082 2 Pengajian Halaqah
LCA 4632 2 Elektif-CIVIL LAW


Ini adalah subjek yang saya kena tempuh sepanjang di semester empat, tahun dua..Takhassus fil Fiqh wal Fatawa.

Alhamdulillah, selawat dan salam buat junjungan besar nabi Muhammad s.a.w kerana masih lagi beri peluang untuk saya berkongsi ceritera ringkas buat sahabat-sanabat. Dek kerana kesibukan yang memanjang di samping tanggungjawab dan amanah yang dipikul juga kelas yang teramat padat, tulisan saya semakin berkurangan untuk mengisi entri di blog yang semakin bersawang. ramai yang bertanya, bilakah nak update, bila.. saya hanya senyum..:)

Seperti sahabat-sahabat yang lain rasai, saya juga sama..merasai 'lelah' yang sama. Namun bila bertandang kepenatan, saya cuba bayangkan rautan wajah mak, ayah dan orang-orang yang banyak bagi sumber inspirasi, saya kembali bersemangan mengeledah segala onak duri berjuang di bumi USIM ini.

Ya, segala-galanya kita kena berdikari. perlu melangkah sendiri. Tapi, syukur kerana punya sahabat-sahabat yang banyak memahami.

Tukar Elektif

Yang paling menakutkan sem ni adalah kerana di elektif sivil law. Pada mulanya saya beranggapan yang saya dapat belajar di dalam subjek yang saya minati selama ini, tapi merit untuk ditelan kerana Allah menempatkan saya di CIVIL LAW..jadi, tak dapat untuk mendalami ilmu Syarie cukup memeritkan. Apa-apa pun saya tetap menerima kata-kata ustaz Najib bahawa apa yang kita dapat itu hanyalah tambahan ilmu, kita tetap belajar di bidang ini sebenarnya.

Untuk apa saya teruskan sedangkan saya tidak minat.. Saya pegang kalam suci ini;
Firman Allah s.w.t di dalam sural al-Baqarah, ayat 216 yang bermaksud:

" Diwajibkan bagi kamu berperang, padahal itu tidak menyenagkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebaik baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Ramai yang beranggapan saya boleh, saya boleh.. Ya, saya tetap sahut cabaran itu.
Dalam menggalas segala tanggungjawab ini, saya perlukan orang yang sentiasa mengingatkan, mengingatkan sesuatu dalam saya kadang-kadang terlupa. Syukurlah Allah kurniakan sahabat-sahabat yang tak lekang membantu.

Terkadang terfikir, boleh tak saya pikul semua ni? Dengan subjek yang 'berat' dan menguji.. Tapi itulah yang dikatakan alam pembelajaran.. Sesuatu kejayaang tak akan mudah-mudah diperoleh dengan jalan yang senang, tapi pasti kan dipalit dengan segah kesusahan. Rabbi Yassir wala Tuassir ya kareem..amin.. Doakan sahabat kalian ini sentiasa 'kuat'..

Khamis, 14 Januari 2010

K.YUE KANGAN SAMA KAMU SEMUA...










Sabtu, 9 Januari 2010

Kembali selepas 30 tahun


KENYATAAN Kementerian Pengajian Tinggi mahu membawa semula sudut pidato atau ‘speaker’s corner’ di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menerima reaksi positif pelbagai pihak terutama pelajar universiti.

Kementerian Pengajian Tinggi membuat cadangan itu selepas pindaan semula AUKU pada Februari tahun lalu.


Sudut pidato yang diperap kira-kira 30 tahun dijelma semula berikutan desakan dan kehendak mahasiswa yang berasakan ia perlu bagi membangkitkan semula semangat mahasiswa yang kini kian lesu.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata daripada lapan teras kokurikulum yang diperkenalkan di IPT, pengucapan awam berada di kedudukan terbawah.


Justeru, dengan pelaksanaan sudut pidato, beliau yakin pengucapan awam tidak lagi di kedudukan tercorot.


“Sudut pidato ini nanti mampu menjadi tempat pelajar menyuarakan pendapat atau perkara yang dirasakan perlu diketengahkan.


“Walaupun IPT ada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), ada segelintir pelajar tidak suka menyuarakan pendapat menggunakan saluran itu.


“Jadi, melalui sudut pidato ini, mereka bebas menyuarakan pendapat di depan pelajar lain, bukannya bercakap di belakang,” katanya.


Menurutnya, sudut pidato ini akan menjadi medan pelajar mengetengahkan bakat berpidato kerana bukan semua berpeluang menjadi pembahas atau mewakili universiti di manamana pertandingan.


Usaha mengembalikan sudut pidato di IPT memang baik kerana memberi manfaat kepada pelajar dan meningkatkan keupayaan bercakap secara spontan di hadapan khalayak.

Namun, dengan senario politik di Malaysia ini, apakah kemungkinan sudut pidato ini disalahgunakan dan menjadi medan perbahasan untuk kepentingan sendiri? Biarpun ada pemantauan pihak universiti, sejauh mana boleh dipastikan ia dapat dikawal sepenuhnya? Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohamad Abd Razak, berkata pelajar universiti kian matang dan dapat membezakan buruk dan baik untuk membahaskan sesuatu isu.


Beliau berkata, dengan pemantauan universiti, sukar bagi pelajar menyalahgunakan sudut pidato untuk kepentingan diri sendiri.


“Sudah 30 tahun sudut pidato ini tidak dilaksanakan di IPT dan saya percaya pelajar generasi sekarang bukan seperti penuntut era 1960- an dan 1970 yang terlalu ekstrem.


“Dengan kematangan dan ilmu, pelajar generasi baru mampu melontar idea dan pandangan secara intelektual,” katanya.


Namun, beliau mengakui kadangkala apabila pengucapan itu menjadi emosi, seseorang itu sukar untuk mengawal kata-kata.


Justeru, katanya pihak universiti perlu peka terhadap sebarang kemungkinan termasuk meminta memberhentikan majlis itu jika sudah keterlaluan.


“Di UKM, kita menyediakan tempat khas untuk sudut pidato, tetapi pelajar perlu mematuhi garis panduan ditetapkan.


“Antaranya, pelajar tidak boleh membahaskan perkara sensitif atau memaki hamun peribadi orang lain,” katanya.


Pada era 1960-an dan 70-an, sudut pidato melatih pemimpin pelajar petah berpidato dan mempunyai idea bernas untuk dikongsi bersama.


Beliau berkata, pemimpin kampus juga mempunyai pengikutnya yang berpengaruh dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat, hasilnya negara mempunyai pemimpin yang berani dengan semangat juang tinggi.


“Ramai pemimpin negara hari ini lahir dalam kalangan pemidato yang bernas mindanya ketika di kampus dan kini menjadi tokoh disegani,” katanya.


Sementara itu, Hakim Kelas Tertinggi, Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (Makum), Mohd Zali Ridzal Zakaria berkata usaha memperkenalkan sudut pidato itu mampu mengembalikan semula era kegemilangan pelajar IPT.


“Memang diakui pembabitan pelajar dalam pidato atau debat membantu mereka meningkatkan keyakinan diri dan berani berucap di khalayak ramai.


“Apabila keluar, mereka lebih yakin dan tidak gentar berucap di hadapan khalayak,” katanya.


Cuma beliau berharap pihak universiti tidak meletakkan garis panduan terlalu ketat untuk merealisasikan sudut pidato itu.


“Saya percaya pelajar mampu mengawal perasaan masing-masing kerana mereka harus menerima risiko sudut pidato ditarik balik jika disalah gunakan,”

http://www.hmetro.com.my

Isnin, 4 Januari 2010

Penyakit Darah Rendah (Hipotensi)




Penyakit darah rendah atau Hipotensi (Hypotension) adalah suatu keadaan dimana tekanan darah seseorang turun dibawah angka normal, yaitu mencapai nilai rendah 90/60 mmHg. Telah dijelaskan pada artikel sebelumnya (Penyakit darah tinggi) bahwa nilai normal tekanan darah seseorang dengan ukuran tinggi badan, berat badan, tingkat aktifitas normal dan kesehatan secara umum adalah 120/80 mmHG.

Namun demikian, beberapa orang mungkin memiliki nilai tekanan darah (tensi) berkisar 110/90 mmHg atau bahkan 100/80 mmHg akan tetapi mereka tidak/belum atau jarang menampakkan beberapa keluhan berarti, sehingga hal itu dirasakan biasa saja dalam aktivitas kesehariannya. Apabila kondisi itu terus berlanjut, didukung dengan beberapa faktor yang memungkinkan memicu menurunnya tekanan darah yang signifikan seperti keringat dan berkemih banyak namun kurang minum, kurang tidur atau kurang istirahat (lelah dengan aktivitas berlebihan) serta haid dengan perdarahan berlebihan (abnormal) maka tekanan darah akan mencapai ambang rendah (hipotensi) 90/60 mmHg.

# Tanda dan Gejala Tekanan Darah Rendah

Seseorang yang mengalami tekanan darah rendah umumnya akan mengeluhkan keadaan sering pusing, sering menguap, penglihatan terkadang dirasakan kurang jelas (kunang-kunang) terutama sehabis duduk lama lalu berjalan, keringat dingin, merasa cepat lelah tak bertenaga, bahkan mengalami pingsan yang berulang.

Pada pemeriksaan secara umum detak/denyut nadi teraba lemah, penderita tampak pucat, hal ini disebabkan suplai darah yang tidak maksimum keseluruh jaringan tubuh.

# Penyebab Penyakit Darah Rendah

Ada beberapa faktor yang menyebabkan mengapa terjadinya penurunan tensi darah, hal ini dapat dikategorikan sebagai berikut:

- Kurangnya pemompaan darah dari jantung. Semakin banyak darah yang dipompa dari jantung setiap menitnya (cardiac output, curah jantung), semakin tinggi tekanan darah. Seseorang yang memiliki kelainan/penyakit jantung yang mengakibatkan irama jantung abnormal, kerusakan atau kelainan fungsi otot jantung, penyakit katup jantung maka berdampak pada berkurangnya pemompaan darah (curah jantung) keseluruh organ tubuh.

- Volume (jumlah) darah berkurang. Hal ini dapat disebabkan oleh perdarahan yang hebat (luka sobek,haid berlebihan/abnormal), diare yang tak cepat teratasi, keringat berlebihan, buang air kecil atau berkemih berlebihan.

- Kapasitas pembuluh darah. Pelebaran pembuluh darah (dilatasi) menyebabkan menurunnya tekanan darah, hal ini biasanya sebagai dampak dari syok septik, pemaparan oleh panas, diare, obat-obat vasodilator (nitrat, penghambat kalsium, penghambat ACE).


# Penanganan dan Pengobatan Darah Rendah

Ada beberapa hal yang bisa dilakukan untuk memperbaiki kondisi tekanan darah renda (hipotensi), diantaranya :

- Minum air putih dalam jumlah yang cukup banyak antara 8 hingga 10 gelas per hari, sesekali minum kopi agar memacu peningkatan degup jantung sehingga tekanan darah akan meningkat

- Mengkonsumsi makanan yang cukup mengandung kadar garam

- Berolah raga teratur seperti berjalan pagi selama 30 menit, minimal 3x seminggu dapat membantu mengurangi timbulnya gejala

- Pada wanita dianjurkan untuk mengenakan stocking yang elastis

- Pemberian obat-obatan (meningkatkan darah) hanya dilakukan apabila gejala hipotensi yang dirasakan benar-benar mengganggu aktivitas keseharian, selain itu dokter hanya akan memberikan vitamin (suport/placebo) serta beberapa saran yang dapat dilakukan bagi penderita.



Mengenai image masyarakat yang sebagian besar berpikir bahwa dengan mengkonsumsi daging kambing bagi penderita hipotensi dapat meningkatkan tensi darah sebenarnya belum jelas, Namun dibenarkan kalau hal itu akan meningkatkan kandungan haemoglobin (Hb) dalam darah. Sekali lagi harus dipahami bahwa tekanan darah rendah artinya suplai darah tidak maksimal keseluruh bagian tubuh. Haemoglobin (Hb) rendah adalah berarti bahwa kandungan Hb sebagai zat pengikat oxygen dalam darah memiliki kadar rendah yang akibatnya penderita bisa pucat (anemia), pusing (oxygen yang di angkut/suplai darah ke otak kurang), merasa cepat lelah dan sebagainya.



Dalam kasus Hipotensi yang benar-benar diperlukan pemberian obat, biasanya ada beberapa jenis obat yang biasa dipakai seperti fludrocortisone, midodrine, pyridostigmine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), caffeine dan erythropoietin.