CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 21 Februari 2009

Salam kerinduan, salam perjuanga,salam kudus buat sahabatku yg jauh di sana..
saat kau merinduiku..aku jg begitu.

Sahabat..

Sukar aku nak jumpa orang macam kau kat sini..

Aku seringkali tertanya2 bla kita kan bertemu. Suka duka di alam persekolahan..byk mengamit aku untuk mengenangkan kembali rona-rona kehidupan kita spnjang berjuang di sana.

Kita terpisah dek selaut ilmu untuk kita gapai. Usah gusar sahabat, ukhwah kita terbina atas dasar ukhwah islamiyyah. Tiada kuasa yang dapat memisahkan penyatuan sbg seorang sahabat melainkan DIA yang MAHA ESA, lagi MAHA BERKUASA.

Sahabat, kau ingat lagi tak bandar bersejarah kita? Di situ kita memijak langkah, meredah lautan ilmu di bumi ILLAHI. Setiap hari, kita ke sekolah,menatap kitab2 indah, yang tersusun dengan pelbagai makrifat untuk menjadi seorang MANUSIA. Kita menyelongkar khazanah ilmu daripada para ustaz, ustazah.. Ustaz Syaugah, ibarat ayah kpd kita msh terbayang2 di benak minda..Ustzh Khairiah yang pandai mengungkap kata, mjd idola pada kita.. Juga Ustaz Lokman, Ust Azhawardi, Ustaz Borhan, Ustz Suyuti, Ustz Hahid dan lain2 buat yang sring kita rujuk, entah apa khabar mereka. Bgtu juga ibu kesayangan kita, Ustzh Fathiah..huh, banyaknya jasa mereka buat kita..

Kini kita dah sama2 melangkahkan kaki di puncak impian. Jgn kita rebah, walau kau kata kau sering diuji. Aku jga begitu..tp ingatlah bahawa ini adalah kasih sygNya untuk kita. Buatmu sahabat..aku nukilkan seuntai ungkapan indah untuk kau meneruskan perjuanganmu di bumi UUM sana.

Teman biasa bisa mendengar apa yang kita katakan tapi sahabat
sejati bisa mendengarkan apa yang tidak kita katakan..sahabat dapat
mendengarkan
kata hati yang tidak keluar dari mulut kita..itulah dia
sahabat..

Syukran sahabatku..WAN HAMDAH NAWAL WAN IBRAHIM...

Rabu, 18 Februari 2009

SOLAT DHUHA-Murah Rezeki Menolak Kepapaan

Salah satu cara kita nak dapat kenikmatan dan dimurahkan
rezeki kita, senang je..jgn tinggal solat sunat DHUHA. ia salah satu amalan yang benar2 dianjurkan dalam ISLAM, yg sts jd amalan RASULULLAH S.A.W. Pesan sorang ustz masa
belajar al-quran satu ketika dulu.

Anti jgn lupa, amalkan baca surah al-WAQIAH, kl blh stiap
hari lepas subuh/maghrib. insyaALLAH DIA akan permudahkan urusan anti stp masa
dn murah rezeki nti.

Begitulah, andai kita ada kekuatan amalkanlah..pasti kita
akan dapat apa yang kita hajatkan..rezeki ALLAH itu luas, kita hnya perlu
b’usaha n berdoa memilikinya. Mudah2an ALLAH prmudahkan kita semua beroleh
rahmat..amin.

Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya. Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-

Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah,dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha .”
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya :

“Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata :
“Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam berkata : “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :

“Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya.”
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda bermaksud :
” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,”
( Riwayat At-Thabarani )

Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah
kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di
langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar,
permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu
dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala
yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Selasa, 17 Februari 2009

KISAH SEORANG SUAMI DAN AYAH YANG BUDIMAN




Assalamualaikum,

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?
1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.
Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya ke halaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar di bangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya di sini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan di tengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru. Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah. Oh! janganlah tumpah lagi. Sudah terlalu banyak tertumpah. Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.


Khamis, 1 Januari 2009

KASIHANILAH MEREKA

Menitis air mata ku saat-saat menghayati slide kekejaman Israel terhadap Palestin dalam laptop ni. Tiba-tiba aku teringatkan kegetiran hidup mereka banar-benar merobek hati untuk bertafakur betapa kaum seagama kita telah ditindas. Di saat umat Islam baru sahaja menyambut Maal Hijrah, mereka telah diperang, dibom dengan sewenang-wenangnya tanpa belas. Haiwan lebih mulia daripada kuncu-kuncu Israel ini tatkala ketidakperi kemanusiaan merajai jiwa mereka yang sekaligus diterjemahkan dalam tindakan mereka yang menghancurkan bumi Islam ini.

Bantahan yang telah dibuat oleh pertubuhan NGO baru-baru ni mampu memberi impak yang besar pada PBB dan OIC agar dapat menjalankan peranan sebaik mungkin. Kepimpinan Amerika yang bakal dipikul oleh Obama nanti diharapkan dapat mengembalikan keamanan dan kesejahteraan dunia.

Mudah-mudahan doa yang kita titipkan mampu menyelamatkan sahabat-sahabat seagama kita di sana. Sungguh tragis andai kanak-kanak yang bakal mengepalai kepimpinan suatu hari nanti dibunuh sebegitu sahaja. Siapakah yang bakal meneruskan kesinambungan ini nanti jika tidak mereka. Dan sungguh hiba kita umat Islam bila melihat wanita-wanita yang meninggal kerana merekalah yang akan melahirkan pejuang-pejuang Islam yang untuk memperjuangkan tanah air agar tidak dikotori oleh tangan-tangan puak Yahudi.

Subhanallah…





ku Pujuk Hati


Sahabat….


Yue, bila la kita boleh jumpe lagi kan. Sekarang akak dah keje, nanti akak gi asrama yue ye. Kita boleh jumpe. Rindu sangat..banyak nak share ngan yue. Sabar ye kak ira, nanti bila akak dtg, kita panggil ramai2 roommate kita yang lepas, u pn rindu sngat kat akak, hm..sbnrnya, bnyak jgk nk citer ngn akak, maklumlah akak kan banyak pglaman.


Yue, balik nti, msg k.na deh, nti k.na gi amik..bwk dtg umah. Makayah n adik brdik k.na dh tnya psl yue, bila nak dtg.. Hurrey..! kalu akak nak dtg amik, msti u bleh gi. Nti jgn lupe, ngadap dgn sultan dan permaisuri beta, dapatkan keizinan ek.. krm salam kt makayah ek..


Yue, aku baru je lahirkan baby girl. Bila kau nak datang umah aku tengok anak aku? Nanti bolehlah aku kenalkan dengan suami. Aku selalu citer kat dia pasal ko, yelah kita kan kawan sejak dari kecik lagi. Hari tu aku gi umah kau, tp kau dah balik kampus. Sedih betul.. erm, jgn marah ek, aku ada belek-belek album kau. Kau dah lain sampaikan kami cakap kau dah semakin… aku mintak maaf Farah, masa kau datang umah untuk beraya dgn aku, aku dah pun sampai kampus. Aku tunggu jugak kau datang tapi tak datang-datang. Sejak kau pndah umah, aku xtahu nak gi macamne… tapi xpe, krm salam kat baby kau ek, mesti comel2 mcm kau kan..huhu.


Yue datanglah umah Da ek. Rindu ko Yue. Bilo la agaknya kita boleh jumpe lg. kalu Da tahu katne umah Yue, dah lama Da gi… Ok, Insyaallah yue gi raya nanti..kita boleh jumpe, yue makan kueh raya yang Da buat special untuk u k. tapi akhirnya, salam Da, u mntk maf sbb xdpt g..u demam dan Insyaallah malam esok dah terpaksa balik kampus..xpelah Da, andai xsempat jmpe esok, kita jmpe kt akhirat nanti k. jaga diri Da dan bakal baby.


Yue, bila nak datang KUIS.. datangla kat asrama plak. Kalau datang KUIS, selalu tak singgah asrama.. katil kat bilik ore selalu ternanti2 untuk u tido sini. Dtg cni nti msg ek. Ye Fiza, setiap kali dtg KUIS pasti u trngat nk jmpe Fiza jgk, tp mgkin sebab asrama korang tinggi sgt, tak tersampai ke sana..:) huhu


K.yue, lamanya tak dengar citer.. bila nak datang KUIS? Dtgla k.u, kat KUIS sekarang banyak program, best.. kenapa menyepi..yelah..mentang2lah dah blajar kat tmpat lain, x ingat dah kat kitorang. Tak dik..kenangan program sama2 dulu banyak buat k.u ingat korang sume. Dulu k.u cnduct korang tapi skrg korg plak buat mcm tu kat org lain..teruskan kutip pengalaman ek.. doakan k.u jgk k…istiqomah mcm korg.


Yue, anti bila nak datang sini? aRJay VISTA menanti kedatangan yue.. Monologku sendirian..ana mintak maaf kak sebab tak sampai lagi sana sejak dah masuk semester baru ni. Komitmen kat sini buat ana pujuk hati untuk tidak terlalu layan perasaan rindu kat sahabat2 kat sana. Gambar akak dan sahabat2 sntsa terbayang kat benak fikiran ni sehingga tak pernah lekang dalam doa ana.. kak, n sahabat2 aRJay VISTA, hari tu kita dah rancang nak joint kursus kat masjid Nilai sama2, tapi kuasa Allah..rancangan kita xjadi kenyataan. Sehari sebelum datang cni, ana beli sedikit ole2 untuk kalian dan ingatnya nak bawak gi sana..tp xdapat sebab ada yang lebih aula menuntut kalian untuk tidak hadir.. pastu ana fikir nak gi sana, tapi smpai sekarang ana terpaksa batalkan niat hati ni atas komitmen yang masing2 telah kita fahami, perjuangan kita belum selesai... Tapi xpe, ana xrasa bersalah sebab kalian amat memahami dan menyokong kerana kita sealiran dan seagama..perjuangan kita sama. Mudah2an di sujud kepangkuan IIahi kita ‘bertemu’.


Begitulah…Sahabat, di saat kalian merindui ana di sini, ana lebih-lebih lagi. Cuma ana trpaksa pendam dan pendam..tapi ada jugak satu ketika bila saat merindui kalian, satu2 kenangan hadir dalam minda, suka duka kita bersama dulu. Kadang2 ana selalu terfikir, alangkah bagusnya andai kita dapat duduk di banyak tempat dalam satu masa. Biar yang memerlukan bantuan dapat ana bantu, agar yang merindui dapat dileraikan dan saat merindui kalian, ana juga dapat hilangkan perasaan tu.Tapi, tidak begitu. Kenapa Allah tetapkan kita begitu…? Ya, nilah menunjukkkan betapa kerdilnya diri kita, terbatasnya kuasa kita, langkah kita terhad..kerana apa? Kerana kita seorang HAMBA, seorang HAMBA yang benar2 hina. Kuasa Allah itulah yang melebihi segalanya…


Yang penting rabitah hati kita senantiasa utuh ibarat rantaian tasbih yang kita ratib saban masa. Tak pernah putus ibarat seurat benang yang apabila ditarik dan semakin tarik maka putuslah ia. Namun tidak kita seandainya sesuci kasih sandaran kasih IIahi… doakanlah sahabat kalian ni, agar sentiasa berpijak di bumi yang nyata, agar mampu memegang amanah yang Allah kurniakan ini demi memelihara hati2 insan yang ana sayang termasuk kalian dalam mengharapkan keredhaanNya. Usah khuatir sahabat2 kerana ana di samping teman2 jihad yang lain di sini….dan ditemani ungkapan semangat kalian di hati.


Salam kerinduan buat semua…emaniez_elfardi

Titipan Kasih Persahabatan


Nurul Athirah (Yaa), ku mohon agar kau mengerti…

Pedih rasa hati ini biarlah aku tanggungnya sendiri. Aku sayangkanmu teman, tidak terniat untukku melukakan hatimu apatah lagi menghancurkan kasih persabatan yang terbina ini. Namun aku tak mampu..biarlah aku undurkan diri demi kebaikanmu..


Safi, jom..sori lambat. Yaa terlambat hari ni. “Tula sape suruh Safi tak kejutkan, tengok..kan kita dah lambat. Yaa tertidurla Safi lepas solat tadi.” Ngomel Athirah untuk aku. Aku tahu, sejak kami ditukarkan duduk di blok berasingan oleh pihak pengurusan asrama Universiti Kebangsaan Malaysia, kami dah tak dapat memastikan apa yang masing-masing kami buat. Seingat aku selalunya dia yang kejut aku bangun pagi, tapi pagi ni aku pulak yang dipersalahkan. Yelah, mungkin sebab aku ni suka ‘kacau-kacau’ dia masa duk sekali dulu kot. Aku hanya senyum, sebab walau selambat mana pun dia, aku tetap akan tunggu sebab dialah kawan baik aku kat sini. Tapi..mampukah kami untuk terus sentiasa bersama.

Pembelajaran di kelas baru sahaja bermula..kami taklah belajar lagi sebab ni baru minggu pertama. Lecture kebanyakkannya hanya bagi penerangan tentang course outline untuk semester ni..penat jugak rasanya, kelas jauh-jauh. Tapi aku selalu pujuk hati supaya kuat, anggap ni mungkin dugaan untuk aku dan sahabat-sahabat agar dapat teruskan pembelajaran kat sini. Biasalah..kami pelajar… tapi, satu yang aku khuatir, mampukah aku jadi seorang sahabat untuk sahabat-sahabat aku terutamanya Yaa..? Ye, Yaa..insan yang banyak mengubah aku, menjadikan aku seorang yang menghargai seorang kawan, kata-katanya penuh hikmah. Aku tahu kami pasti akan berpisah juga suatu hari nanti, sekarang terpisah di blok yang berlainan dan lepas ni tak mustahil pulak kalau suatu hari nanti kami bukan lagi bersahabat. Yaa, aku terpaksa memilih jalan ini..aku rindukan kenangan kita..tapi biarlah aku pendamnya sorang Yaa..

“Munirah, kenapa dengan Safi ek? Dia gi mana? Kenapa dia tak tunggu saya masa keluar kelas tadi?” Tanya Athirah kepada Munirah.

“Tak tahulah Yaa, tapi tadi saya tengok dia keluar dengan Balqis dan Anis. Dia ada hal kot.” Jawab Munirah.

“Hm, xpelah, jom Munirah..kita pergi kafe. Biarlah dengan Safi. Mungkin dia ada hal lain. Tapi kan Munirah, selalunya kalau Safi nak gi mana-mana mesti dia ajak saya, pelik jugak. Sejak bukak sem baru ni dia selalu macam ni. Mungkin saya ada salah dengan dia kot, kan Munirah..ada tak dia cakap apa-apa kat awak pasal saya?” luah Nurul Athirah buat sahabatnya itu.

“Eh, mana ada Yaa. Saya tak perasan pun macam tu. Kan korang selalu datang kampus sama, apa pulak macam tu... mungkin dia ada hal kot, tu dia selalu keluar cepat.” Jawab Munirah menyedapkan hati kawannya itu walaupun dia tahu perubahan akan mereka.

Balik daripada kampus petang itu, Athirah mengajak Safiyyah makan sama-sama dan berjanji untuk ke blok sahabatnya itu. Tepat jam 3.00 petang, mereka makan sama-sama makanan yang dibeli di kafeteria Pak Abu. Athirah macam biasa makanan favourite dia tulah yang selalu dia tempah, sup campur dengan ayam goreng. Manakala Safiyyah pulak masakan tomyam dengan ayam kicap. Citarasa mereka kebiasaannya lebih kurang sama, iaitu yang tidak berunsurkan kari. Itulah sahabat namanya..

“Safi, sedapkan..dah lama kita tak makan sama-sama. Nanti bilalah pulak kita boleh makan macam dulu, selalunya makan sama tapi kali ni susah dahla.. kenapalah kita kena tukar, kejam sungguh orang asrama ni.” Begitulah Athirah..meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya itu.

Dalam senyuman, Safiyyah berusaha menyejukkan hati dan cuba memujuk sahabatnya itu agar redha atas setiap yang berlaku. Masa makan, Safiyyah sebenarnya lebih berdiam diri. Jauh dari sudut hatinya, dia mengiakan kata-kata sahabatnya itu. Pedih rasa hati kerana mungkin Allah ingin menjauhkan mereka. Itulah yang selalu Safiyyah fikirkan. Setiap malam matanya menitis bila mengingatkan kenangan-kenangan indah tika bersama dulu.
“Tapi Safi, Yaa pasrah kalau itu ketentuan Allah. Tapi satu je Yaa mohon..persahabatan kita tak putus walau kita tak duduk bersama. Setiap yang telah Allah tetapkan pasti ada hikmah di kemudian hari. Mungkin Allah nak kita rasa cabaran yang lebih besar. Sebenarnya dari cabaran itulah yang akan mematangkan diri kita, betul tak Safi?” tambah Athirah. Sepanjang mengenali Athirah, Safiyyah memang tahu..sahabatnya tu mudah cool atas apa yang berlaku pada dirinya. Setiap kata-kata dia pasti ada pesanan di akhirnya. Melapangkan pada setiap hati-hati yang mendengar. Jauh Safiyyah termenung…hanya membalas kata-kata sahabatnya itu dengan senyuman.

“Safiyyah, kenapa awak senyap je.. saya mintak maaf.. tak dapat tahanlah.. saya rasa kita dah semakin jauh.” Akhirnya ucapan yang Safiyyah tak ingin dengar keluar jugak dari mulut sahabatnya itu. Dia tahu pertanyaan itu akan diajukan tapi ni time makan, kenapalah dia Tanya jugak! Ngomel hati Safiyyah.

“Sabarlah Yaa..Auni ada bagitahu awak apa-apa tak pasal malam semalam? Saya pun rasa benda yang sama Yaa.” Safiyyah akhirnya turut meluahkan, namun tangisannya di depan Auni biarlah mereka berdua sahaja yang tahu. Jangan pada Yaa. Malam tu dengan tidak sengaja Safiyyah mengalirkan air mata setelah bercerita tentang keseronokan dan keriangan bersama kawan-kawan sebillik terutama dengan Athirah. Kebetulan pada masa tu Auni, budak bilik Athirah datang untuk melawatnya dan bertanyakan khabar setelah lama tidak berjumpa. Auni juga salah seorang rakan serumah, tahu akan keakraban mereka. Safiyyah meluahkan yang dia rindu sangat pada kenangan-kenangan indah di Blok AISYAH HUMAIRA’ di aras 2, bilik 1. Cukup indah..bertemu dengan seorang sahabat yang penuh ilmu, kebaikan dan kelembutan yang jelas terzahir di rautan wajahnya.

“Yaa mintak maaf kalau ada buat Safi terasa..tolong Safi, cukuplah apa yang Safi dah buat. Yaa tahu Safi cuba menjauhkan diri..” terus terang Athirah terhadap perubahan Safiyyah pada suapan terakhirnya petang itu.

“Yaa redha Safi andai awak dah tak suka untuk teruskan persahabatan kita ni. Cuma satu je yang saya nak bagitahu, sepanjang kat sini awaklah sahabat baik saya. Bagitahulah..kalau perlu untuk ubah, saya akan ubah.. saya ada tanya Auni, dia tak bagitahu, tapi saya tahu macam ada rahsia yang awak berdua simpan dari saya. Safi, malam tadi saya teringat sangat kat awak, teringat kenangan-kenangan lama..sampaikan air mata….. saya tak mahu kehilangan seorang sahabat yang begitu rapat dengan saya sepertimana kematian Amanina, cukuplah Safi..” luah Athirah pada sahabatnya itu.

“Tak Yaa, awak takde buat apa-apa pun, percayalah..perkara tu berlaku sebab saya, awak takde kaitan langsung..saya tak mahu perkara dulu berlaku. Biarlah awak selalu dengan Munirah, mungkin dia boleh ganti saya.” Jawab Safiyyah.

Yaa, biarlah saya sorang yang pendamnya. Saya rela lepaskan awak sekarang..saya tak mahu kenangan dulu merajai jiwa saya. Pedih Yaa..saya rindukan kemesraan kita dulu, nasihat dan tunjuk ajar awak..tapi..
.
Biarlah air mata ini saja yang mengalir..

Begitulah Safiyyah..dia sendiri tak faham kenapa dia buat sedemikian sedangkan dia juga sayang akan sahabatnya itu. Tapi baginya, ini salah satu cara untuk dia melupakan Athirah. “Yaa, fahamilah hatiku ini..”

Akhirnya, setelah jawapan tidak juga Athirah peroleh, dia minta untuk undur diri setelah Safiyyah seakan tak mampu untuk menyeka air matanya. Rautan wajahnya yang gebu membuatkan Athirah memahami apa yang terzahir. Auni ada di bilik ketika Athirah masuk. Dia sedang baring di katil.

“Yaa, awak dari mana? Kenapa masam je muka awak hari ni saya tengok, ada masalah ke? Dah makan dah?” Ain bertanya sambil memeluk bantal peluk kecilnya.

“Em, dah..saya makan dengan Safi tadi. Saya takde apa-apa lah Auni..I’m ok… Auni, saya nak tanya, Safi kenapa ek? Dia macam dah tak suka kawan dengan saya. Dia ada bagitahu apa-apa tak pasal kesalahan saya kat dia?” tanya Athirah.

Seraya kawannya itu menjawab, “Yaa, dia ok jelah..awak takde apa-apa salah pun kat dia.”

Tak lama kemudian, Safiyyah datang ke bilik mereka… setelah salam diberikan, dia masuk dan mata Safiyyah bertentangan dengan mata Athirah. Sedikit senyuman Athirah berikan tapi itu cukup hambar buat Safiyyah.

“Safi, saya ok..saya tak akan paksa jika awak sukar untuk jawab soalan-soalan tadi. Cuma yang saya harap, jika ada salah yang telah saya buat, tegurlah. Kan itu yang selalu saya pesan sejak dulu lagi, saya tahu saya bukanlah manusia yang sempurna untuk menyedapkan hati semua orang. Cara awak yang menjauhkan diri cukup buat saya terasa Safi, atau mungkin awak tak suka saya rapat dengan Munirah, awak dah tak sayangkan saya sebagai seorang sahabat awak selama ni? Teka Athirah dengan nada yang penuh menusuk hati.

“Tak Yaa..tak! Saya tak terniat langsung macam tu. Ni bukan soal awak, awak tak de salah langsung pun dengan saya, Cuma saya je. Saya tak boleh bagitahu awak Yaa..tak boleh. Dan sedarlah, Munirah takde kaitan langsung dalam hal ni. Cukuplah, jangan silap faham lagi.”jawab Safiyyah.

Secara tiba-tiba, Auni bangun dari keadaan terbaring dan dengan nada serius dia cuba perbetulkan keadaan dua orang sahabatnya itu. Athirah dah salah faham fikirnya. “Cukup Yaa, kenapa awak tak faham..dia sayangkan awak Ya, sebab tulah Safi buat macam tu. Dia dah cukup terseksa. Dia tak nak dengan tengok awak, dia teringat kenangan masa kita di blok lama. Dia buat begitu sebab dia rasa cukup mustahil kenangan itu akan berulang lagi.” Terang Ain kepada Yaa. Safiyyah hanya tunduk dan mendiamkan diri..

“Safi…

Kenapa mudahnya jalan yang awak ambil? Tahu tak, cara awak seolah-olah cuba mengatur perasaan yang saya alami. Rasa kasih, sayang..bukan kita boleh bagi mudah-mudah Safi…ya, memang..Munirah juga sahabat saya, tapi kita lebih rapat. Kenapa awak cuba atur saya Safi, kenapa? Ingatlah, ni semua aturan Allah, Dia yang tentukan dan kurniaan perasaan ini pada kita, kita takde hak dalam menentukan takdir hidup kita apatah lagi orang lain. Saya kecewa Safi, saya kecewa dengan awak..” luah Athirah dengan linangan air mata.

“Yaa, maafkan saya Yaa..saya janji takkan buat macam ni lagi. Saya juga sayangkan awak. Awaklah sahabat baik saya. Saya akan ingat Yaa, biarlah Allah yang tentukan segalanya.. bertemu dan berpisah kita hanya kerana Allah..”

Tangan dihulurkan tanda kasih dua insan yang bersahabat kerana Allah. Begitulah kasih seorang sahabat yang sanggup memendam perasaan semata-mata tidak mahu melihat sahabatnya itu terluka. Lebih baik mengundur diri lebih awal kerana perpisahan pasti juga berlaku…

Kini setahun masa telah berlalu.. semusim ini jualah mereka menghitung rasa rindu. Namun kasih persahabatan, tetap terasa indah kerana segala-salanya kerana Allah. Bertemu tidak resah, berpisah tidak gelisah kerana tidak ketemu di dunia ini, mudah-mudahan mereka diketemukan di akhirat kelak.

Sisipan lirik lagu nasyid ini telah mengamit dua hati untuk merasai betapa besarnya erti persabatan yang ikhlas kerana Dia yang satu..hayatilah..



Perlukah

Menitis air mataku
Hilangnya sahabat sejati
Yang diam dikau pun merindu
Persahabatan abadi
Setiap detik teringatkan dirimu
Walaupun kau pergi membawa diri
Kasih sayang kita tidak terjangkau
Ditemukan impian yang murni
Perlukah daku ditinggalkan?
Perlukah engkau melupakanku?
Perlukah ada rasa kesangsian?
Perlukah ada rasa rindu.



Khamis, 27 November 2008

Warkah perjuangan..

Biar Rindu Jangan Jemu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu'alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.

Assalamu'alaikum Sejahtera buat calon suamiku (andai ada dariMU TUHAN), moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini.. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mak dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Surah-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku ini insan biasa. Mak dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...

”...Maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakkal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorang pun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang Agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul.

"Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada saf menuju ke syurga insyaAllah.

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! Ketahuilah.. Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.

~tulang rusuk kirimu~

pertemuan...
menghadiahkan kita kasih sayang...
jika cinta satu pasti bertemu...
ia tidak ternilai...
kerana antara hati kita
telah tiada antaranya lagi
yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi...
kita berpisah hanya sementara
kerna pertemuan bukan milik kita...
jasad dan suara berjauhan sentiasa
namun cinta abadi...
biar berpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
sedang neraka dipagari oleh nikmat
bertemu tidak jemu...berpisah tak gelisah...

emaniez_elfardie