Rasanya dah lama jari jemari ni tidak menekan butang notebook. Sejak diri dihimpit kesibukan dan notebook yang menghadapi masalah, idea kurang dicurahkan. Mohon maaf pada semua. Ramai yang brtanya sehingga ada yang merasakan mungkin saya akan tutup ruangan blog ni. InsyaAllah selagi terdaya untuk mencoretkan rasa, selagi tu sayakan cuba mencurah perkongsian walau hanya pena yang berkata.
Sedar tidak sedar, kita telah pun menghampiri separuh dri bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Kini kita dah pun melangkah ke fasa kedua bulan ini dan pastinya akan menjengah kepada malam lailatulQadar yang kita nanti-nantikan selama ini. Cepat sungguh putaran masa berlalu. Kita harus bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang untuk kita mengecapi nikmat keberkatan pada bulan ini yang mana saban hari pasti ada sahaja manusia-manusia di luar sana yang meninggal dunia. Di ruangan akhbar misalnya, setiap hari cerita yang sama berlaku, kematian di jalan raya,disebabkan mercun dan sebagainya. Namun, kita bilakan pula?
Saat ini tentunya pelbagai perkara dah pun kita tempuhi, tetapi adakah natijah yang ingin kita raih ini benar-benar tercapai? Apakah keputusan peperiksaan bulan pentarbiyyan ini akan beroleh kecemerlangan, ataupun sebaliknya? Atau sekurang-kurangnya adakah layak untuk kita mendapatkan sijil kepujian dariNYA? Wallahu’alam..sama-samalah kita fikirkan. Semoga detik-detik pertengahan dan juga terakhir yang bakal kita tempuhi ini melahirkan pahala yang mekar buat kita semua. Jadikanlah Ramadhan bulan Rahmat dan maghfirah ini sebagai batu lonjatan untuk kita merentasi keredhaan Allah s.w.t. TAQWA kepadanya yang utama. Sebagaimana firma Allah s.w.t dalam surah al-baqarah, ayat 183;
(Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa)
Moga-moga universiti Ramadhan yang kita tempuh ini mampu mendidik diri dan nafsu kita dari segala kejahatan. Fikirlah sejenak, muhasabahlah kembali apakah kita layak untuk mendapat penganugerahan pada hari konvokesyen kelak.
Adakah masih ada kesempatan bagi kita bertemu RAMADHAN tahun hadapan?
Jadi, buat isian hati, dan juga buat teman-teman, ayuhlah kita sama-sama rebut ganjaran malam lailatulqadar. Bagaimana dan bila, hanya Allah yang tahu..
Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda mengenai lailatul qadar yang ertinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram).
(Riwayat Imam Muslim)