CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 27 November 2008

Warkah perjuangan..

Biar Rindu Jangan Jemu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Assolatuwassalam, selawat dan Assalamu'alaikum buat junjungan mulia, Muhammad saw Kekasih Istimewa.

Assalamu'alaikum Sejahtera buat calon suamiku (andai ada dariMU TUHAN), moga Allah sentiasa merahmati dan memberkati dirimu yang tidak kutemui, namun doaku tidak pernah putus mengiringi setiap langkahmu demi meraih keredhaanNya…

“Seindah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah,”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini.. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

Calon zaujku,

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mak dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan dalam taklik ijab kita nanti. Tiada harta sebagai jaminan bahawa kau akan menikmati sedikit kesenangan apabila ijab bersaksi telah dilafazkan. Hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Surah-Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku ini insan biasa. Mak dan abah telah menitipkan aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Namun apa yang pasti. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa as, sama seperti mu. Ingin aku berkongsi lafaz sahih ini denganmu ...

”...Maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakkal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorang pun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian)? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata.

Aku tidak menjanjikan aku mampu membahagiakan rumahtangga kita nanti, kerana aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang Agung. Melalui pencarian ilmu agama bersama, marilah kita jadikan pernikahan ini sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, kau dan anak-anak kita untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul.

"Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya." (Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan dan jodoh.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.” (An Nisaa’ : 1)

Calon Suamiku yang dirahmati,

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku dan anak-anak pewaris kejihadan Islam yang bakal lahir. Jadikanlah pernikahan ini sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada saf menuju ke syurga insyaAllah.

Ingin aku berbicara mengenai pemberianmu kepadaku. Kau terlalu membimbangkan akan kehendak bersifat duniawi semata-mata. Benar?! Ketahuilah.. Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas khawin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, kerana aku meyakini Qalam itu mampu memimpin rumahtangga kita dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah ini melalui pernikahan, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan. Kutitipkan sebahagian daripada pembacaanku dalam Jalan Dakwah Mustaffa Masyhur, tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

Terlalu panjang rasanya aku mencoretkan warkah ini. Cukup dahulu buat tika ini, andai diizinkan aku akan kembali menitipkankan lagi kiriman bertintakan hati ini. Akhir bicara, maaf andai tiada pertemuan yang kususuli kerana padaku biarlah merindu daripada jemu tatkala kita disatukan.
Wassalam

.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu .::.

~tulang rusuk kirimu~

pertemuan...
menghadiahkan kita kasih sayang...
jika cinta satu pasti bertemu...
ia tidak ternilai...
kerana antara hati kita
telah tiada antaranya lagi
yang ada hanyalah cinta kasih Ilahi...
kita berpisah hanya sementara
kerna pertemuan bukan milik kita...
jasad dan suara berjauhan sentiasa
namun cinta abadi...
biar berpisah selalu menderita
kerana syurga menagih ujian
sedang neraka dipagari oleh nikmat
bertemu tidak jemu...berpisah tak gelisah...

emaniez_elfardie

Jumaat, 24 Oktober 2008

Lakaran SYAWAL vs OKTOBER




1 Oktober 2008

Alhamdulillah kerana masih dipanjangkan usia menghirup kenikmatan daripada Allah s.w.t. untuk merasai tibanya hari kemenangan. Syukur sungguh aku… Hari ni adalah 1 hb Syawal yang bersamaan dengan 1 Oktober. Antara hari2 yg tak pernah aku lupakan. Apa tidaknya, aku dan dia semakin meniti dewasa. Jangan silap faham, dia yang dimaksudkan adalah sepupu kesayanganku. Kami lahir di bulan yang sama cuma tarikh sahaja yang membezakan..dia nampaknya lebih ke depan..kenapa ku katakan begitu? Sebabnya dia dah pun bekerja, tapi aku masih di sini tanpa memiliki peluang sedemikian, tapi hanya berbekalkan sedikit ilmu untuk meneruskan kehidupan. Walaupun ambil keputusan utk sampung belajar lagi, tp Insyaallah inilah jalan yang terbaik untuk aku teruskan perjuangan menegakkan dinul Islam di muka bumi Tuhan. Insyaallah, belajar dan akan terus belajar walau aku dan jadi seorang isteri, ibu dan sebagainya suatu hari nanti… sebab aku tahu takde yang teramat penting melainkan ilmu. Dan takde yang lebih memberi makna selain daripada beramal dengannya. Ida, aku sbnrnya rindukan keakraban kita masa kecik2 dulu, tidur bersama, makan bersama, hatta bergaduh pun sama2. ko suka duk umah aku kan? Hm..sebabnya mak aku baik. Hehe..tak memuji tapi hakikat buat kita. Aku rindu saat2 tu sebenarnya..mandi sungai, main bola, main masak2 dll.. tp kita dah besar, msg2 dah sibuk dengan tanggungjawab. Aku balik kau takde, aku xde kau ada.. buatmu sepupuku, moga coretan ini menggamit seribu kenangan buat diri kita. Hanya kau dan aku yang tahu..:)

12hb Oktober 2008

Malam, aku bertolak balik ke kolej kediaman. Huh, penat jugak bawak barang2. Biasalah kl dah lama tak balik..mesti banyak barng aknku bwk. Betapa jauhnya perjalanku..percaya atau tak, nilah first time aku berhenti kat Seremban. Kebiasaannya datang ngan kereta ataupun just brenti kat hentian Putra ataupun Putrajaya. Jadi, inilah pengalaman terbaru untukku. Walaupun ada jgk sekelumit perasaan takut, tp aku yakin Allah stsa ada di sisi kita..pengalaman mngajar aku erti berdikari dan menjelajah dengan membebaskan perasaan gentar. Segala2nya kita serahkan pada Allah.

Sayu hati rasanya bila sekali lagi terpaksa berjauhan dengan mak ayah dan adik2 tersyang. Tp aku kuatkan jugak, cekalkan hati utk terus melangkah. Aku cium mak, salam ayah, adik2..menyeka air mata agar tak tersungkur di depan mereka. Dengan lambaian dan senyuman mereka, aku hilang seiring khayalan memikirkan keadaan di kampus nti. Atas bas, banyak yang aku fikirkan..perbaharui niat dan tekad. Aku tak tahu apa yang bakal berlaku selepas ni nanti tapi aku ingin lakukan yang terbaik.

Sepanjang perjalanan, ada seorang shbt yang xcukup aku kenal berceritakan ttg dirinya yang di’hinggapi’ makhluk jin. Dia bnyk berkongsi masalah denganku. Dia kata aku tak macam kawan2nya yg lain yang mgkin dapat memahami. Ntahla, mgkin dengan imejku yg sebegini.. Alhamdulillah..jika dari sudut itu dia menilaiku. Mg2 sifat dan hatiku jga terzahir kelembutan. Itu yg aku harapkan… aku ini bnyk lakukan ksilapan…aku igin berubah, tekadku.

Subhanallah..Maha Suci Allah. Aku teringatkan Na..seorg shbat yg banyak berjuang melawan benda tu..(untuk cerita selanjutnya berkenaan beliau, layari blog kakak ku-al-Ukh Hayati) bila dia ceritakan betapa jin hadir mengacau bilaukan fikirannya. Dia luahkan segala. Aku tahu, btapa dia kuat melawan benda tersebut, betapa beratnya dia diuji. Ku hanya berpesan agar dia mampu mengamalkan segala amalan2 yang boleh dijadikan pendinding. Mg2 dia dan kita sts istiqamah mengamalkannya. Alhamdulillah, aku diberi daya oleh Allah untuk mencurahkan sedikit ilmu dan perkongsian padanya. Aku berikan ayat2 dan sebuah mathurat utknya dan apa yang pntg agar dia mampu amlkan Basmalah sebanyak 786 kali. Mga2 kita dapat bertemu lagi.. doaku semoga Na juga kan terus kuat melawan benda2 sdemikian. kuat Na, tiada apa yg dapat mengubah kita melainkan kehendak ALLAH jua.....kau MUJAHIDAH solehah.

24 oktober 2008

Tanggal 24hb..ini bermakna ajalku semakin tiba..

Umurku bertambah. Dalam kegembiraan, aku bimbng apakah aku mampu untuk memikul tanggungjawab yang bakal terlaksana di bahuku. Semakin panjang usia kita, maka semakin banyaklah amanah kita. Mga2 kitakan sentiasa dikekalkan kenikmatan Iman dan Islam dalam melakar kebahagiaan di dunia dan akhirat. aku tahu, aku takkan statik di sini dan begini, juga bakal pikul tanggungjwb seperti mana mar'ah yg lain. Mga lahirnya aku ini membahagiakan hati2 stp insan. Insyaallah.. thanks 4 everything buat semua insan yg menyayangi diri ni…

Wallahu'alam..

Selasa, 14 Oktober 2008

Bila Diri Tersedar dari Lamunan

Sesungguhnya saat indah sentiasa menggamit untuk ku mengingati segala memori2 bersama teman2 seperjuangan. Syawal yang menjelma kini telah menemukan aku kembali dengan teman2 yng banyak memberikanku sumber kekuatan untuk truskan perjuangan. Terasa lengkap diriku kerana ditemani ibu ayah yang cukup memahami dan insan2 yang baik pekerti. Syukur padaMu Tuhan kerana masih menghadiahkanku sumber kekuatan di saat aku tercampak di lautan impian. Dalam kesamaran aku sering tertanya2 apakah betul segala pilihan..apakah ini suatu ujian, namun ku nekad untuk teruskan perjalanan kerana ku tahu setiap pemilihan adalah petunjuk agong dari Mu Tuhan.. ya Allah Kau kurniakanlah aku kekuatan di saat sumber kebahagianku Kau hadiahkan. Tetapkanlah insan2 ini untuk terus di sisiku mengharungi arus kehidupan. Kau lindungilah orang2 yang ku sayangi agar sentiasa selamat di bawah pemeliharaanMu dan satukanlah hati2 kami agar mampu bersama dalam perjuangan menegakkan agamaMu... Sesungguhnya kasih sygku hanya kerana Mu.. Amin.

Ahad, 5 Oktober 2008

Ia hadir tanpa kita sedari

Rencana indah ini ana nukilkan buat peringatan ana sendiri dan tatapan sahabat2 blogger yg lain. tanamkanlah matlamat yang suci jika benar2 sudah menemui rahsia hati (sirrulqalb) agar mampu menjadikan ia suci dan diredhai.. ia hadir tanpa kita sedari,..

CINTA

Cinta adalah sebahagian daripada fitrah manusia. Cinta memang sudah ada dalam diri kita. Bersyukurlah orang yang diberi cinta dan mampu menyingkap rasa cinta dengan tepat dan menurut syariah.


Bercinta tidak salah jika diniatkan untuk menuju alam perkahwinan yang diredai Allah. Nabi Muhammad SAW meninggalkan resipi cinta yang diriwayatkan Abdullah bin Mas’ud: “Wahai generasi muda, barang siapa di antara kalian mampu serta berkeinginan untuk bernikah. Kerana sesungguhnya pernikahan itu dapat menundukkan pandangan mata dan memelihara kemaluan. Dan barang siapa di antara kalian belum mampu, maka hendaklah berpuasa, kerana puasa itu dapat menjadi penghalang untuk melawan gejolak nafsu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, dan Tirmidzi)

Apabila kita sudah membetulkan niat, maka kita mesti menjadikan diri kita ‘salihah’ supaya orang yang salih akan datang menemui kita atau ditemukan Allah. Kita wajib ingat bahawa jodoh adalah ketentuan Allah, manusia hanya boleh merancang tetapi Allah yang menentukan. Kita cuma dapat berusaha mencari jodoh yang baik menurut Islam.
Firman Allah yang bermaksud: “Dijadikan indah pada pandangan manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diinginkan iaitu wanita, anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik.” (Surah al-Imran, ayat 14)


Cinta paling tinggi martabatnya adalah cinta kerana Allah, kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Pakar psikologi, Prof Madya Dr Mat Saat Baki, pernah menulis: “Cinta itu berkembang. Kita tidak jatuh cinta. Cinta pandang pertama adalah satu mitos. Sebenarnya perasaan cinta itu berkembang dari semasa ke semasa. Lebih lama kita memahami, mengenali seseorang itu, akan lebih dalam perasaan cinta. Namun, menurut beberapa kajian dan perkongsian pengalaman, ternyata cinta pertama tidak diperlukan sebagai asas kebahagiaan tetapi boleh membantu untuk mencapai kebahagiaan.”

Tetapi jika tidak berhati-hati, cinta boleh membutakan mata hati kita. Seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Cintamu kepada sesuatu menjadikan kamu buta dan tuli.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Islam tidak melarang atau mengekang manusia daripada rasa cinta tetapi mengarahkan cinta berjalan di atas landasan yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita mahupun lelaki. Jika kita jatuh cinta, perlu berhati-hati kerana seperti minum air laut, semakin diminum semakin haus. Cinta yang sejati adalah cinta yang tumbuh selepas akad nikah.


Jika bimbang keterlanjuran cinta, alihkan rasa cinta itu kepada Allah dengan membanyakkan selawat, zikir, istighfar dan solat sehingga kita tidak diperdayakan oleh nafsu. Jika kita tewas, nafsu yang akan memperdayakan kita.

Isnin, 1 September 2008

Kehadiranmu Ku Nanti.. Ramadhan..

KehadiranMu Ku Nanti…
Ramadhan..

Syukur kita lafazkan padaNya kerana masih sudi memberi ruang dan peluang untuk kita merasai nikmat dan kehebatan dalam bulan yang penuh barakah ini. Alhamdulillah juga kerana masih diberi nafas serta cahaya iman dalam diri untuk mengecapi peluang bagi menambahkan amalan yang seringkali kali kita abaikan. Di kesempatan ini ana ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menjalankan ibadah yang penuh bermakna buat semua yang mengenali. Ana juga menyeru diri ana yang dhaif ini serta diri kalian semua agar dapat sama-sama mengejar ganjaran pahala yang telah Allah janjikan. Anggaplah mungkin kehadiran bulan ini suatu peluang yang terakhir untuk kita kecapi kerana pasti tidak mustahil kita tidak akan sampai di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini pada tahun-tahun yang akan datang. Waallahua’alam..


Pada tahun kita cukup bertuah kerana kehadirannya sesudah sambutan kemerdekaan ke 51 kita rasai. Pasti ada kelainan pada jiwa setiap insan Muslim di bumi Malaysia ini kerana sambutan yang gemilang dan penuh makna ini beriringan menjelaskan betapa besarnya kenikmatan yang Allah telah kurniakan buat kita semua sebagai rakyat Malaysia. Namun, dalam kegembiran kita ini, janganlah dilupakan pada datuk nenek kita yang telah bersusah payah memperjuangkan kemerdekaan buat tanah air kita. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi mengadap Ilahi… Manakala sahabat2, sering kita terdengar dan terbaca tentang ‘kegilaan’ golongan muda dalam menyambut hari kemerdekaa yang hakikat sebenar maksud bebas itu tidaklah mereka hayati. Amatlah rugi jika kita juga termasuk dalam golongan ini.

Mudahan-mudahan kita akan tergolong dalam golongan insan-insan yang terpilih dalam LailatulqadarNya nanti.. InsyaAllah. Wallahutaala’alam…

Ahad, 24 Ogos 2008

Man Jadda Wajada..

Alhamdulillah kerana masih diberi keluangan untuk ana meluangkan masa mengadap kom hari ni. Dah lama nak nukilkn sesuatu tapi dsbbkan kekangan masa ana sbg salah seorg student di salah sebuah IPT, tu yg menyebbkn ana pendamkan shj niat ni. Syukur pertamanya n yg selama2nya buat yang Tuhan yang Maha Pencipta yakni Allah s.w.t serta junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w kerana masih menghidupkan kita dalam cahaya Islam dan iman. “Ya Allah, hanya engkau yg kami serahkan segalanya..”

Buat tatapan sahabat ana sekalian, 2008 adalah suatu tahun yg amat bermakna buat ana. Walaupun ana telah diuji dgn plbagai jerit perih untuk menghabiskan pjuangan di bumi KUIS, Alhamdulillah kerana ana msih mmpu meneruskan pjuangan ini, tp ini bukanlah dtgnya drpd kekuatan yg ada dlm diri semata, tp berkat sokongan sahabat2, ummi abi dan pertolongan ALLAH jua.

Sahabat2..

Dalam melayari bahtera kehidupan yg penuh ranjau ini, pernahkah kita terfikir utk mjadi seperti yg mana kita inginkan? Pernah bukan? Hm…masih ana ingat sejak dari kecil ana sentiasa berangan2 untuk menjadi yg sedemikian dan sedemikian? Mungkin tepat untuk dikatakan yang ana ni adalh sahabat baik kepada ‘Mat Jenin’. Kadg2 ana terfikir jgk..mampu tak ana untuk dapat seperti mana yg ana angan2kan. Ya sahabat2 Allah itu Maha Brkuasa..ada ktkanya kita akan dapat apa yg kita inginkan, nmun ada juga lgsung tidak tercapai. Begitu jugalah ana…adakalanya ana dapat sepertimana yg ana targetkan sekian dan sekian, tp adakalanya tidak tepat pd masanya. Tp ana yakin, jika kita berdoa dan terus berdoa..tak mustahil akan dapat. Sebagaimana dengan firmanNya yang terdapat dalam surah Yaasin, ayat 82 yakni “Inna amruhu ma iza arada syai’an an yakula lahu Kun fayakun” yang bermaksud “Sesungguhnya urusan-Nya apbl Dia menghendaki sst Dia hnya brkata kpdnya ‘Jadilah’! Maka jadilah sesuatu itu”. Oh Maha Suci ALLAH..Dia mampu menjadikan sptmana yg dia ingin jadikan. Tp sahabat, di kala itu jg, xsemestinya apa yg kita impikan kita dapat, xkiralah cepat atau lambat, betul tak? Hm, untuk memujuk hati yg gundah ini…ana pegang pd kalimah suci ini iaitu ayat 216 dalam surah Al-Baqarah yakni maksudnya “Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak ketahui.” Teringat ana pada secebis kata drpd salah senior ana di kala duka suatu ketika dulu…”Ala yue, jgn bersedih.. Allah pun dah kate xsemestinya benda yg kite xsuke tu xbaik utk kite. Dan xsemestinya benda yg kite suke tu baik utk kite yue.” Betul Nadhirah, Allah lebih mengetahui segala2nya..dan sekarang ana dah temui kebenarannya.

Sesungguhnya ya Allah, redhaMu amat penting dalam hidupku..aku pasrah, berserah, demi Islam ku teruskan. Ya sahabat2, beginilah hidup ana. Setelah meningkat usia ni, macam2 bermain di benak fikiran. Mgkin juga memikirkan masa depan. Entah apa yg yang bakal terjadi selepas ni. Mgkin shbt2 yg sts di samping ana lbh arif bgmana ana dr dlu hgga kni.. Hm, di tahap umur yg sbegini, ana yakin dan sedar bhwa, angan2 dan impian bila kita susuli dengan usaha dan doa serta harapan kepada Allah s.w.t itulah yang akan mencorakkan khdupan kita. Kdg2 ada jugak yang ana dengar xelok untuk kita terlalu berangan dan bfikir untuk hari akan dtg sbbnya Allah dah tentukan untuk kita…tp bagi ana, letakkan impian dan perancangan itu suatu kepentingan yang cukup2 perlu dalam kehidupan kita. Apa matlamat yg ingin kita capai sekian2 thunnya, apa yg kita nk buat lepas ni dan sbgainya. Dengan matlamat itulh hidup kita kn lbih bmakna walaupun kita tahu bhwa xsemestinya semua itu akan kita dpt. Seperti yg ana katakan td, jgnlah dek kerana kita xdpt cpai apa yg kita inginkan tepat pd masnya ataupun xberoleh apa yg kita inginkan..kita langsung tersungkur di persimpangan. Jgn bgitu..walau mmg x diakui kita ni manusia yg lemah, nmun cubalah utuk bgkit semula...dgn pergantungan yg xkan putus2 pada kuasa yg Maha Esa..kita pasti peroleh segala ape yg kita inginkan..








BENARKAH MENUTUP AURAT DAPAT MENGELAK DARI WANITA DISAKITI?

Ramai wanita professional dan yang kurang didikan agama hari ini mencebik bibirnya apabila tajuk ini disebutkan, mereka tidak percaya langsung fakta yang saya sebut diatas. Malah ada yang berpendapat lelaki sengaja melakukan perkara buruk kepada wanita kerana ingin menunjukkan kekuasaannya terhadap wanita. Kerap benar saya dengar hujah ini di media massa.

Hakikatnya, sebagai hamba Allah SWT dan umat Rasulullah SAW kita diajar untuk merujuk Al-Quran dan Al-Hadith bagi mendapat kepastian tentang baik buruk dan benar salahnya sesuatu perkara itu. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman :-

"Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59)

Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam baju kurung untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan "Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik.

Jadi jelasnya, bahawa ayat tersebut memberikan ‘illah (alasan) utama perintah
ini adalah kerana bimbang wanita muslimah diganggu oleh orang-orang fasik dan menjadi perhatian orang-orang yang suka berzina. Bukanlah ketakutan yang timbul dari perempuan itu sendiri atau karena tidak percaya kepada mereka, sebagaimana anggapan sebahagian orang, tetapi ia adalah kerana sebahagian wanita yang suka menampakkan perhiasannya, berjalan dengan penuh lenggang lengguk dan bicaranya dibuat-buat manja, sering menarik perhatian nafsu lelaki dan menjadikannya sasaran orang-orang yang suka berzina. (Petikan dari kitab Al-Halal wal Haram fil Islam dengan sedikit pindaan)

Ayat ini juga jelas menunjukkan bahawa salah satu target utama menutup aurat yang diletakkan oleh Allah SWT adalah sebagai kaedah dan cara terbaik bagi mengelakkan wanita Islam dari diganggu dan disakiti.

Selasa, 19 Ogos 2008

Sukarnya menjadi wanita sempurna…

Lazimnya wanita menilai kesempurnaan berdasarkan rupa paras yang jelita dan tubuh yang langsing lagi ramping. Jesteru tidak hairanlah jika ramai wanita yang begitu mengagumi tubuh para model atau ratu-ratu cantik yang sering dilihat memperagakan pakaian di majalah dan kaca televisyen. Kerana itu, ramailah yang ingin mencontohi mereka, berusaha keras untuk mencapai kemajuan dalam melangsingkan tubuh dan melicinkan kulit wajah masing-masing.

Cantik dari segi fizikal belum tentu cantik dari sudt pitual individu. Sempurna tubuh badan belum tentu sempurna dalam dalam akhlak dan tingkah laku. Kerana itu keraplah manusia tertipu dengan pandangan mata yang menatap kecantikan fizikal semata-mata. Namun begitu ukuran yang ditetapkan Islam sudah tentu lebih ideal kerana kecantikan tidak dinilai daripada sudut fizikal semata-mata.

Bagaimana mahu menjadi wanita sempurna? Nada soalan ini barangkali terlalu idealistik dan jawapannya pula sangan subjektif. Tiada siapa dapat memastikan ukuran sebenar kesempurnaan kerana ia bukanlah sesuatu yang dapat dinilai dengan mata kasar semata-mata. Malah sebenarnya tiada kayu ukur khusus yang boleh digunakan untuk mengukur tahap kesempurnaan tersebut.Berusahalah untuk menjadi seorang wanita yang cukup sempurna disisi yang Maha Esa..

Aduhai muslimah..

Allah berfirman:

“Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan.”


“Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya.”

“Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh.”

“Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan,bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya.”

“Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya.”

“Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah sakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu.”

“Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan.”

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah hatinya,tempat dimana cinta itu ada.”

Ahlan waSahlan...



Alhamdulillah.. semoga blog ini mampu memberi sumbangan yang besar dalam pemikiran saudara-saudara ana seMuslim. Sedaya upaya kita cuba kongsikan agar Islam dapat tertegak di bumi ini selagi kita masih berpeluang menikmati nikmat usia dari Ilahi...

Apabila kehilangan nikmat kesenangan
Barulah kita terasa indahnya kesenangan
Setelah berlaku waktu sibuk
Barulah kita terasa indahnya waktu lapang
Manakala badan sakit
Wah! Baru kita terasa nikmatnya sihat
Setelah datang masa tua
Barulah kita terasa indahnya masa muda
Kelalaian kita, selalu merugikan kita
Kealpaan kita
Banyak masa telah disia-siakan
Selalunya dunia dan nikmatnya
Banyak merosakkan kita
Bila iman lemah
Ujian kesusahan juga menjadikan seseorang itu derhaka.