CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sabtu, 19 Februari 2011

Kitbah

Hubungan kita, cukup hanya setakap ini..aku tidak layak untukmu..
Mustaqim, 7 Dicember. 9.30 malam.

Berkali-kali Insyirah menatap skrin telefon bimbitnya, bagai terobek isi hati tatkala membaca kalimah pedih itu, namun tetap juga dia gagahi perasaannya oleh kerana sahabatnya, Maisarah ada di sisi. Dia tetap ingin cuba memendam rasa biarpun luahan perasaan amat tepat dirasakan pada waktu itu.

“Ah, selagi mampu aku takkan bicarakan”..persis Insyirah sendirian.
Dia tetap menghiburkan sahabat-sahabat sedangkan dalam masa yang sama dia sedang memikirkan Mustaqim. Lelaki, tetap dirasakan sama..perasaan cinta bagaikan luruh seketika.
Setelah dirasakan Maisarah makin cuba membaca isi hatinya, dirasakan inilah masa untuk dia luahkan sedikit tentang hubungan mereka. Insyirah dan Mustaqim, suatu nama yang sering gah di kalangan pemimpin universiti, di Kelab Al-Islamic Members mereka bertemu dan sekaligus berjuang bersama dalam menegakkan islam di bumi kampus tercinta. Namun semenjak mereka telah tamat belajar, hubungan mereka makin intim di samping menjaga syariat yang telah sedia terpeliha di dalam diri mereka.

“ Sabar syira, akak yakin Mustaqim akan berfikir banyak kali lepas ni, dan kalaulah dia benar-benar seorang yang matang dia tak akan putuskan hubungan kalian begitu sahaja.” Ujar kak Maisarah padanya.

“Ya kak, ana pun tak tahu kenapa Mustaqim bertindak demikian sedangkan sebelum ni pun dia banyak faham ana kak. Takkanlah kali ni disebabkan ana hanya tidak berkesempatan berjumpa dengan dia kemarahannya sampai begini rupa. Ah, biarlah kak.. Ana yakin rajuknya tak lama.” Bicara Insyirah menyoroti keegoannya.

Selama mereka telah mengikat tali pertunangan Maisarahlah yang sering menjadi tempat rujukan, dan Maisarahlah juga peneman buat dua hati bertemu. Temu mereka tidak lama namun kadangkala itulah yang menjadi pengubat mereka. Mereka sedar hanya secicip pertemuan itulah yang menjadi bekalan pada sebuah perhubungan. Tipulah dalam kewarakan mereka itu mereka langsung tidak ketemu..namun tidak sedaya cuma membatasi dengan syariat, peneman tetap ada. Masakan pasti syaitanlah yang ketiga.

Beberapa hari di kampung sudah membuatkannya kehangatan merindui penghuni asramanya. Memikirkan tanggungjawabnya sebagai Yang diPertua Asrama membuatkan Insyirah bertekad untuk pulang awal walaupun kepulangannya ke kampung juga telah lewat. Demi menyiapkan kertas kerja yang terpaksa dihantar ke Hal Ehwal Pelajar segera dia berusaha untuk mencuri sedikit masa berada di asrama dan juga pejabat asrama. Ketika itulah pergaduhan di antara Mustaqim dan Insyirah beraku.. lama..

Tatkala termenung sendirian di bilik dia teringat bagaimana saat kepulangannya ke kampung tempohari. “Dah lah Mustaqim marah, perjalanan pulak panjang” persisnya sendirian.
Tidak disangka perjalanan dengan keretapi waktu itu delay menyebabkan dia melalui perjalanan selama 13 jam lamanya. Namun Insyirah benar-benar merasai suatu pengalaman yang cukup indah, pengalaman yang tidak dapat untuk dilupakan bagaimana dia dan Aisyah, sahabat sekuliahnya ingin menunaikan solat. Bersolat di atas keretapi, ya..cukup membuahkan suatu pengalaman yang indah! Islam itu cukup indah, Rabbi yassir wala tuassir.. hanya doa itu yang mampu diucapkan…

“Alhamdulillah kan Syah kita dah belajar bagaimana untuk menunaikan solat di dalam kenderaan..ini sedikit sebanyak dah pun memudahkan kita” ujar Insyirah.
“Betul tu Syira, Islam itu suatu agama yang mudah..” jawab Aisyah di samping senyuman manisnya itu menapakkan lesung pipit di sisi.
Sepanjang perjalanan itu beberapa kali dia cuba untuk menelefon Mustaqim, langsung tak berjawab.. Kini hanya tawakkal dan doa moga-moga persengketaan ini tidak lama. Hanya keyakinan pada Allah diletakkan. Dikhuatiri ibunya dan juga ibu Mustaqim bimbang, Insyirah bertekad menutup mulut..mengharapkan ibu bapa mereka tidak mengetahui kejadian ini.

Sepanjang perjalanan itu jugalah Insyirah banyak berfikir apakah Mustaqim itu selayaknya untuk dia miliki..
“Syira, keluar sayang, tengah buat apa kat bilik lama-lama tu, mari minum nak. Mak ada buatkan air kopi dan bubur ni..” panggil uminya, Puan Khadijah.

“MasyaAllah.. apa yang aku dah menungkan ni..jauhnya aku teringatkan kat Mus. MasyaAllah, ya kejap umi..kejap lagi syira keluar ya” balas Insyirah.
Setelah menunaikan solat asar, seusai juga membaca mathurat dan ayat suci al-quran, dia keluar bilik untuk mengadap ibunya.

“Syira, kenapa ni..umi perhatikan sejak balik kampung ni Syira asyik berkurung kat bilik je, ada apa-apa masalah dengan Mustaqim ke?” soal ibunya.
“Eh, taklah mi, Syira baca buku je..sambil-sambil siapkan cerpen terbaru mi.. Syira ingat nak masukkan dalam majalah tak lama lagi, tajuknya: Sumur yang dalam.. ok tak umi?” jawab Syira dengan penuh yakin, sedangkan dia tahu itu hanya helah semata..
“Ok, ni mesti cerita pasal..”

“A’a umi, pasal kehidupan..kehidupan Syira yang panjang..” jawab Syira seraya kedua beranak itu ketawa.
“Umi, esok Syira yang ke Pasar Tani boleh tak mi, Syira teringin nak makan ‘etok’. Dah lama tak makan. Kat pasar tani mesti ada kan mi..” pinta syira pada ibunya.
“Ye lah, tapi pergi tu hati-hati, jangan jalan jauh-jauh sangat..” ibunya mengizinkan.
bersambung...
#############################################################

Ahad, 22 Ogos 2010

'Ramadhan yang dinanti'

Assalamualaikum,

Rasanya dah lama jari jemari ni tidak menekan butang notebook. Sejak diri dihimpit kesibukan dan notebook yang menghadapi masalah, idea kurang dicurahkan. Mohon maaf pada semua. Ramai yang brtanya sehingga ada yang merasakan mungkin saya akan tutup ruangan blog ni. InsyaAllah selagi terdaya untuk mencoretkan rasa, selagi tu sayakan cuba mencurah perkongsian walau hanya pena yang berkata.

Sedar tidak sedar, kita telah pun menghampiri separuh dri bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Kini kita dah pun melangkah ke fasa kedua bulan ini dan pastinya akan menjengah kepada malam lailatulQadar yang kita nanti-nantikan selama ini. Cepat sungguh putaran masa berlalu. Kita harus bersyukur kerana Allah masih lagi memberi peluang untuk kita mengecapi nikmat keberkatan pada bulan ini yang mana saban hari pasti ada sahaja manusia-manusia di luar sana yang meninggal dunia. Di ruangan akhbar misalnya, setiap hari cerita yang sama berlaku, kematian di jalan raya,disebabkan mercun dan sebagainya. Namun, kita bilakan pula?

Saat ini tentunya pelbagai perkara dah pun kita tempuhi, tetapi adakah natijah yang ingin kita raih ini benar-benar tercapai? Apakah keputusan peperiksaan bulan pentarbiyyan ini akan beroleh kecemerlangan, ataupun sebaliknya? Atau sekurang-kurangnya adakah layak untuk kita mendapatkan sijil kepujian dariNYA? Wallahu’alam..sama-samalah kita fikirkan. Semoga detik-detik pertengahan dan juga terakhir yang bakal kita tempuhi ini melahirkan pahala yang mekar buat kita semua. Jadikanlah Ramadhan bulan Rahmat dan maghfirah ini sebagai batu lonjatan untuk kita merentasi keredhaan Allah s.w.t. TAQWA kepadanya yang utama. Sebagaimana firma Allah s.w.t dalam surah al-baqarah, ayat 183;

(Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa)

Moga-moga universiti Ramadhan yang kita tempuh ini mampu mendidik diri dan nafsu kita dari segala kejahatan. Fikirlah sejenak, muhasabahlah kembali apakah kita layak untuk mendapat penganugerahan pada hari konvokesyen kelak.


Adakah masih ada kesempatan bagi kita bertemu RAMADHAN tahun hadapan?

Jadi, buat isian hati, dan juga buat teman-teman, ayuhlah kita sama-sama rebut ganjaran malam lailatulqadar. Bagaimana dan bila, hanya Allah yang tahu..


Abi Ibnu Ka'ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda mengenai lailatul qadar yang ertinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram).
(Riwayat Imam Muslim)

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat keberkatannya.

Salam Ramadhan buat semua, dan salam beramal.

Selasa, 3 Ogos 2010

Ayam oh Ayam..

Kuala Lumpur, 21 Julai 2010, (Jam 1.00 pagi):



Pegawai JAKIM sedang memberi taklimat sebelum kami berangkat ke lokasi jam 1.00 pgi.

Seramai 16 orang kakitangan JAWI, JAIS, Kementerian Pengguna, JAKIM dan PUM (aktivis LANDAS) telah membuat Operasi HALAL HUB di rumah-rumah/ premis penyembelihan Halal sekitar Wilayah Persekutuan K.L. Antara lokasi yang kami pergi ialah kawasan Beringin Jinjang, Bandar Sri Damansara dan berakhir sekitar jam 4 pagi.




Lokasi pertama kami di Bandar Sri Damansara (KL Supreme Processing Sdn Bhd.)


Dalam suasana yang dingin (dalam bilik sejuk) kami menjelajahi dari tempat ke suatu tempat, segenap penjuru di premis tersebut. Segala dokumen dan operasi sembelihan kami teliti bagi menentukan ayam-ayam yang di pasarkan HALAL untuk dimakan oleh umat Islam sekitar KL dan Selangor.




Kami cek setiap ayam disembelih mengikut syara’ atau tidak. Urat yang wajib diputuskan ialah Urat Halkum dan Urat Marikh’, sementara urat darah kiri kana leher adalah sunat (hadis Nabi saw).




Keratan 4 urat pada leher ayam perlu diputuskan.

Yang menjadi tandatanya tanpa nuqtah kepada kami, mana-mana operasi di rumah-rumah sembelihan ada sahaja yang tak kena walau pun penyembelihnya ada tauliah. Kebanyakan Tokeh adalah orang Cina dan perkerja banyak orang Bangladesh, Indonesia dan orang Kashmir. Hanya segelintir orang Melayu. Maka banyaklah penyelewengan berlaku. Adakalanya ayam tak sempat mati telah bertindih dan mati sebab bertindih bukan mati kerana sembelihan.

Ada pula ayam yang uratnya tak putus habis, maka jadilah BANGKAI, namun ramai yang orang tak prihatin di mana mereka beli ayam, maka mereka makan bangkailah.

Lihat urat marikh’ contoh ayam yang tak putus habis ini.



Ini pulak ayam cucuk, tapi pelanggannya restoran Melayu dan pembuat sate




Ayam ini kami dapat kat Beringin Jinjang (premis sembelih Kim Foog Trading) pagi tadi. Kat belakang premis ini tempat sembelih Babipulak. Kami sedang pantau satu kes sebelah dalam berhampiran premis ini ada satu lagi premis sembelih ayam, tapi ayam tak sembelihpun mereka campur untuk dipasarkan kepada orang Melayu Islam. Kelilingnya tempat sembelih Babi dan sebelahnya mereka tanam sayur togeh, yang kita campur dengan mie atau goring dengan tahu. Tengoklah siapa pelanggannya (melalui resit beliannya di bawah).





Dilanggani oleh Restoran Pappa Rish pada setiap hari bulan Jun lalu. Inilah tempat orang kita makan. Saya nak pesan kat semua orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia, prihatinlah sikit tentang apa yang kita makan terutama ayam. Firman Allah swt;

Al Baqarah 168. Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa Yang ada di bumi Yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu.

Ini pula tempat yang sama, penyembelih Islam dari Indonesia, dia cucuk tengok ayam macam Cina, terus campak ayam yang masih hidup dalam air supaya cepat mati ada yang tak cucuk langsung, hidup-hidup dia masukkan dalam air supaya mati cepat dan diprosesnya.





Nampak tak yang putih itu ayam hidup dan itik (hidup2 dibenam dalam tangki ini) Kemudian dia celur dan proses.



Bila kami Tanya kenapa buat gitu, katanya Cina (Tokeh) suruh buat dan cepat sikit. Nilah yang kita dok makan hari-hari mungkin. Dia keluarkan (tengkok ayam tiada bekas sembelihpun)










Ini yang sepatutnya dilakukan di premis sembelihan ayam.

(KL Supreme Processing Sdn Bhd.)

Syarikat Ini ada sijil Halal JAKIM, namun perlu kita pantau operasinya dari masa ke semasa bagi memastikan mereka menjalankan operasi menurut syara’.



Ayam hidup digantung pada mesin yang bergerak sebelum dipengsankan (Stunning process), sebelum dimbelih.





Muncung ayam disentuhkan ke dalam air berarus elektrik (Ayam 0.25-0.5, tempoh 3.0-5.0 saat). Baru disembelih dan pisaunya sentiasa bersih daripada darah, kerana terdapat air dari atas yang mengalir untuk mencuci pisau sembelih semasa operasi sembelihan.




PROSES SELEPAS SEMBELIH














TERSEDIA UNTUK DIPASARKAN ,_._

p/s: Artikel ini penulis dapat daripada emel yang disampaikan oleh seorang sahabat. Moga2 perkongsian kali ini memberi input yang berguna pada semua. Pilihlah pemakanan yang bukan sahaja sihat untuk jasmani kita bahkan juga sihat untuk rohani kita. ~Halalan Toyyiba~ HIDUP HPA!!













Jumaat, 16 April 2010

Ya Allah, Permudahkanlah..


Salam imtihan buat semua teman seperjuangan, adik-beradik yang sentiasa dalam ingatan dan sesiapa sahaja yang mungkin kenal atau tidak.

Cukup pantas masa berlalu tanpa kita sedar kita sudah di ambang peperiksaan akhir untuk semester ini. Adik-adik kita di fatrah Tamhidi kini tengah bertarung, saya makin merasai kita pula di dewan sana seusai mereka habis berjuang. Bagaimanakah kita, apakah mampu sampai ke puncak atau futur di persimpangan, kita tidak tahu dan kita tidak pernah menjangka sesuatu berlaku. Lepas seorang, seorang sahabat kita pergi, kuatlah melangkah kan kaki, kita boleh, sesiapa juga boleh.

Dalam meniti hari-hari untuk bertarung, saya lebih senang untuk membiarkan diri tanpa sebarang gangguan. Berteduh di ruang perpustakaan cukup melapangkan minda, tanpa asyik diganggu dengan manusia sekeliling atau juga bayangan emosi dan fikiran yang menerawang berfikir hal yang bukan-bukan. Saya lebih senang bertarung minda di tempat sunyi tatkala menelaah pelajaran. Saya bukanlah seorang hebat jauh lagi seorang yang cendikiawan, namun itulah cara yang saya amalkan selama bergelar sebagai mahasiswa. Terus berlari, ya terus berlari agar hidup ini bererti..

Kejayaan tak kan datang dengan mudah jika kita tidak bersusah payah mlawan arus perasaan malas. Setiap orang memiliki sifat sedemikian, namun bagaimana cara mereka menghadapinya.

Sedar atau tidak, saya sudah pun di semester empat, yang mana pasti akan menghadapi mehnah yang lebih besar. Dengan sukatan pembelajaran yang lebih mencabar, saya tahu saya takkan mampu laksanakan melainkan dengan usaha yang gigih dan semangat yang kental. Namun, pergantungan pada Allah yang utama. Pesan guru, solat hajat jangan tinggal. Seorang sahabat yang senantiasa mendapat dekan ketika di kuis suatu masa dulu berkongsi resepi terhadap kejayaan yang diperoleh, katanya jika kita tak dapat bangun tahajjud setiap malam, pastikan kita dah pun laksanakan solat hajat, sekurang-kurangnya dua rakaat. Jadi, petua yang dia amalkan di samping usaha dan usaha, di tak pernah meninggalkan solat hajat ketika di ambang peperiksaan seusai solat isyak. Hasilnya,.walaupun dia bukanlah seorang yang ‘kaki meja study’, sering tiada di bilik kerana aktif dengan organisasi kampus, namun dia pandai dan lincah dalam perolehan ilmu di dalam kelas, di samping pulun betul-betul ketika di final exam. Bagi dia, dia sedar, jika dia menolong agama Allah, pasti Allah akan tolong dia, mudahkan dia diberi kefahaman dan ketajaman akal fikiran.

Lihatlah teman-teman, setiap orang ada cara masing-masing untuk menempa kejayaan. Ada yang lebih suka untuk belajar secara berkumpulan dan ada juga yang lebih senang untuk belajar bersendirian. Apapun jalan yang diambil, ingatlah setiap usaha kita pasti takkan dimakbulkan andai kita tiada pergantungan dengan Tuhan. Dia Maha Berkuasa memberi setiap apa yang kita pinta. Berusahalah diriku, berusahalah teman, berusahalah dikau…setelah itu, berdoa dan berserahlah padaNya yang Maha Esa. Amin.

“Jika dada anda sesak, masalah yang dihadapi sangat rumit, dan tipu muslihat sangat banyak maka bersegeralah datang ke tempat sembahyang dan sembahyanglah.”

Buat teman-temanku, doakan sahabat kalian ini juga, moga-moga kita sama menempa kejayaan yang kita impikan. Ingatlah, kejayaan dan perjuangan kita biarlah seiring di jalannya.

JADUAL PEPERIKSAAN

NAMA CALON: yue_emaniez

Kod Nama Kursus Set Tarikh Masa Tempoh Tempat No Meja








UTA2082PENGAJIAN HALAQAHHLC4Tiada Peperiksaan Akhir
LBA2083FIQH AL-MUNAKAHATKLC<>19/04/2010<> 9:00AM<>3 jam 0 minit<>STADIUM<>745
AAA2022AKHLAK DAN TASAWWUFKLC<>22/04/2010<> 9:00AM<>2 jam 30 minit<>STADIUM<>432
UTA2072PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAHKLC<>27/04/2010<> 9:00AM<>2 jam 0 minit<>STADIUM<>603
LCA2033MABAHITH ADILLAT AL-AHKAMKLC<>28/04/2010<> 2:30PM<>2 jam 30 minit<>STADIUM<>465
LCA4632UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN DAN PENTADBIRANKLC<>30/04/2010<> 9:00AM<>3 jam 0 minit<>STADIUM<>528
LAA2043QAWA`ID FIQHIYYAHKLC<>30/04/2010<> 3:00PM<>2 jam 30 minit<>STADIUM<>330
LCA3053PENGAJIAN MALAYSIAKLC<>05/05/2010<> 9:00AM<>3 jam 0 minit<>STADIUM<>320
LAA2053AL-AHWAL AL-SAKHSIYYAHKLC<>06/05/2010<> 9:00AM<>3 jam 0 minit<>STADIUM<>684


Waallahualam..moga Allah permudahkan.


Ahad, 11 April 2010

Wanita, hati-hatilah!

Hadis riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Ada dua golongan penduduk neraka yang kedua2nya belum pernah kulihat; (iaitu) kaum yang memiliki cambuk spt ekor lembu yang digunakan utk memukul orang dan (kedua) wanita2 yg berpakaian tetapi sama seperti bertelanjang dan wanita2 yg mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disanggul) bagaikan bonggol unta. Wanita2 tersebut tdk dpt mencium bau syurga. Padahal bau syurga boleh tercium baunya dari jarak yg sangat jauh"


Antara contoh.. Tapi, tudung tu mestilah melebihi paras dada.

Jika dilihat situasi hari ini, memang agak keterlaluan dalam berpakaian dan pergaulan terutamanya anak2 gadis yang masih muda remaja. Masing2 mahu menonjolkan kejelitaan yang mereka ada. Lihat shj majalah Dara.com(maaf, sekadar cth). Saya amat tdk berpuas hati dgn cth pakaian2 muslimah yg dipaparkan krn ianya nyata amat tepat dgn sabda nabi tntg berpakaian tapi bertelanjang.

Si wanita yg sudah berumur atau istilahnya "tua" pula ada yang masih tak sedar diri akan usia yang dah tak lama bak kata orang "Rumah kata pergi, kubur kata mari".. Masih lagi tak puas dgn usia muda. Mungkin anak cucu sudah berderet tapi, masih lagi sempat bertabarruj/berjangok(bhs kelantan) di luar rumah. Mekap setebal kamus dewan(bak kata us hasrizal). Pakaian yang membuka aurat dan ada juga yang join akademi fantasia walaupun sudah bertaraf nenek. Saya cukup terkejut tatkala melihat satu program tv "Ewah-ewah" dan "Jangan Tidur Lagi" suatu hari. Bukan sorang bahkan ramai golongan wanita yang sudah berusia ini datang menonton di studio untuk menyaksikan program tersebut(rombongan agaknya). Yang membuatkan saya terkejut adalah mereka turut sama bertepuk tangan, menjerit2, ketawa terbahak2, dan ada juga yang sampai naik berjoget atas pentas bersama artis2. Pergaulan usah dikira. Bagi saya, sama ja muda ke tua kat ctu.. Semuanya berjiwa muda.. "Alah hidup cuma sekali, apa kata kita enjoy!" Sudah betul rasanya statement tu.





Saya amat terkilan tatkala melihat kadang2 orang yang ada basic agama sendiri pun terjebak dengan perkara ini. Bukanlah salah untuk kelihatan cantik dan kemas dalam berpenampilan, bahkan itulah yang yang dianjurkan Islam. Namun, keterlaluan dalam berhias bukanlah caranya. Mekap tebal2 bukan sahaja kelihatan menakutkan dan merimaskan bagi saya, bahkan turut mengundang bahana kemurkaan Allah. Buat sahabat yang seusia saya, usia kita memang muda, tapi ajal maut kita tak tahu bila. Jom kita sama2 muhasabah diri!




Imam Muslim dlm Sahihnya meriwayatkan sebuah hadis drp Ibn al-Zubair, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya wanita itu, ketika dtg dari depan, dia datang dlm bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula. Oleh sbb itu, jika salah seorang daripada kamu melihat seorg wanita yg menarik perhatian, amka hendaklah dia segera mendapatkan isterinya, dgn demikian itu dapat menolak (gejolak nafsu) yg ada dalam dirinya.

"Berhati2lah wahai wanita. Jangan sampai dek kerana kita, sang lelaki makin hanyut dan berdosa. Aurat wajib dipelihara, pergaulan perlu diutama. Berhias adalah fitrah semua manusia namun, limitnya ada. Letakkan agama di depan, inshaAllah semuanya jadi senang dan mudah. Simpanlah bakat berhias anda hanya untuk yang halal sahaja. Contohnya suami, anak2, adik-beradik, cucu2, cicit2 dan seumpamanya. Kan mudah tu. Semuanya Allah dah atur untuk kebaikan dan kemaslahatan ummah.

Firman Allah yang bermaksud:
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). " Ali Imran:14

http://tinta-nuraziemah.blogspot.com

Isnin, 22 Mac 2010

Hak anak lebih utama daripada penjaga

Saudara baru tidak boleh diperintah serah penjagaan kanak-kanak kepada bukan Islam

POLEMIK berkaitan hak penjagaan anak apabila salah seorang ibu atau bapa bukan Islam memeluk Islam masih belum dapat dirungkaikan. Walaupun Islam mempunyai kedudukannya yang istimewa di dalam Perlembagaan Persekutuan, ia seolah-olah tidak memberi tiket istimewa bagi mualaf mendapat hak jagaan anaknya dan mengIslamkan anak terbabit.

Persoalan ini masih lagi dibicara dan disensasikan oleh beberapa pihak. Penghakiman Mahkamah Persekutuan di dalam kes Subahsini lawan Saravanan nampaknya tidak dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Daripada lensa hukum syarak pula, seorang kanak-kanak itu dikira Islam jika ibu atau bapanya seorang Islam. Ia berlaku secara automatik tatkala ibu atau bapa berkenaan memeluk Islam. Melainkan di dalam keadaan tertentu orang bukan Islam tidak harus diberikan hak penjagaan kanak-kanak Islam, kerana hak penjagaan adalah hak penguasaan (haq al-wilayah). Orang bukan Islam tidak mempunyai hak penguasaan terhadap orang Islam. Firman Allah di dalam Surah An Nisa’ ayat 141 bermaksud: “Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang kafir untuk membinasakan orang beriman” menjelaskan perkara ini.

Walaupun sekiranya orang bukan Islam diberikan hak jagaan anak-anak Islam, mestilah diletakkan beberapa syarat ketat bagi memberi hadanah ini kepada orang bukan Islam. Hal yang demikian bagi memastikan al maqasid al syariah yang lima itu dapat dipelihara. Lima al maqasid al syariah itu ialah menjaga agama, harta, keturunan, aqal dan nyawa.

Dr Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya al fiqhu islamiy wa adillatuhu mengutip pandangan Imam al Shafie bahawa syarat umum pihak yang diberi hak penjagaan anak (haadin) adalah cukup umur, sempurna akal, berkeupayaan mendidik kanak-kanak, berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiah dan seorang Islam. Islam adalah syarat penting untuk seseorang menjaga kanak-kanak Islam.

Al-Syeikh Muhammad al-Khatib al-Syarbini dalam kitabnya Mughni al muhtaj pula menegaskan

“Hadanah dari segi syarak membawa maksud tanggungjawab menjaga seseorang yang tidak mampu menguruskan dirinya sendiri, oleh kerana masih belum mampu atau tidak mampu membuat pilihan mana satu yang baik dan mana satu yang buruk, seperti kanak-kanak kecil atau orang dewasa yang gila, dan juga tanggungjawab memberi pendidikan kepada mereka yang berkenaan itu hingga menyebabkan mereka berjaya menjadi manusia baik, serta tanggungjawab memberi makan minum dan seumpamanya kepada mereka.”
Walau apapun, objektif hadanah dalam Islam sebenarnya bertujuan menjaga kebajikan dan kepentingan kanak-kanak itu dari segi agama, harta, keturunan, aqal dan nyawa sejajar dengan al maqasid al syariah seperti dinyatakan di atas tadi. Asas dan objektif hadanah ialah maslahat dan kebaikan budak yang dipelihara dan dijaga sebagai hak asasi budak itu.

Hak kanak-kanak ini mesti diutamakan lebih daripada hak pihak yang memelihara seperti dinyatakan oleh Sayid Sabiq dalam Kitab Fiqhul al-Sunnah, yang bermaksud, “Sesungguhnya setiap menjaga dan dijaga (anak) mempunyai hak dalam pemeliharaan tetapi hak dijaga lebih kuat daripada hak yang menjaga.” Ibnu Qadamah pula berpandangan “Sabit hadanah adalah untuk menentukan nasib (kepentingan) budak (kanak-kanak) itu.”

Daripada kacamata perundangan Islam pula, perbuatan seorang Islam yang menyerahkan, memberikan atau menjual anaknya atau kanak-kanak di bawah peliharaannya kepada seorang bukan Islam untuk menjaganya adalah satu kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Syariah.

Umpamanya Seksyen 35 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 memperuntukkan: “Mana-mana orang yang menjual, memberikan atau menyerahkan anaknya atau kanak-kanak di bawah peliharaannya kepada seseorang yang tidak beragama Islam adalah melakukan suatu kesalahan, dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkan patut berkenaan dengan anak atau kanak-kanak itu.”

Maka dalam hal sedemikian timbullah polemik kepada mualaf sekiranya diperintahkan memberi hak jagaan anak Muslimnya itu kepada pasangannya yang bukan Islam. Mengikut undang-undang syariah ini beliau melakukan kesalahan tetapi pada masa sama, sekiranya beliau ingkar perintah mahkamah mualaf ini boleh disabitkan atas kesalahan menghina mahkamah. Sudah tentu mualaf yang patuh kepada undang-undang diletakkan di dalam keadaan yang amat sukar di antara kesalahan Seksyen 35 itu dan menghina mahkamah.

Pada pandangan saya, tatkala seseorang itu memeluk Islam maka undang-undang Islamlah yang terpakai ke atasnya. Oleh itu Enakmen Jenayah Syariah yang disebut di atas hendaklah terpakai ke atas mualaf ini. Pada masa sama, mahkamah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah hendaklah tidak menjadi alat kepada sebarang tindakan melakukan kesalahan seperti Seksyen 35 di atas.

Dalam hal yang sedemikian mualaf tidak boleh diperintahkan memberikan hak jagaan anak Islamnya kepada orang bukan Islam. Tindakan sebegini boleh dilihat seolah-olah mempromosikan perlakuan jenayah yang sudah tentu tidak selari dengan objektif kewujudan sesuatu mahkamah untuk menegakkan keadilan mengikut undang-undang yang berkuatkuasa.

Polemik ini hanya boleh diselesaikan jika makna sebenar Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan diberikan seperti dijelaskan di dalam beberapa penghakiman terdahulu seperti Nenduchilian dan Subahsini. Malah kedudukan istimewa Islam mesti diterima oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira batasan ras dan agama.

Kedudukan istimewa ini bukanlah memaksa orang bukan Islam memeluk Islam tetapi mempertegaskan modul penyelesaian sesuatu kemelut perlulah berasaskan penyelesaian yang digariskan oleh agama negara iaitu Islam di samping menjamin hak orang bukan Islam menganut dan mengamalkan agama mereka seperti di dalam Perkara 3 dan Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan boleh dihubungi melalui e-mel di zainul.rijal@abubakar.my

Jumaat, 26 Februari 2010

kERINDUAN PADAMU YA rASULULLAH..



Salam bagimu ya Rasulullah. Izinkan aku menziarahi pusaramu yang suci. Aku ingin menangis dan menyapamu di sudut makammu yang hening. Aku ingin menatap pandumu dalam kerinduan yang syahdu. Salam bagimu ya Rasulullah. Izinkan aku bertemu denganmu, walau sedetik cuma.

----------
Rindu kami padamu ya Rasul Rindu tiada terperi Berabad jarak darimu ya Rasul Seakan dikau di sini Cinta ikhlasmu pada manusia bagai cahaya suwarga Dapatkah kami membalas cintamu secara bersahaja

Air mata ini mengalir begitu saja. Syair itu begitu indah dan bersahaja. Aku tak sangup untuk mendengarnya sampai bait akhir. Tulus suara dan ungkapan kasih yang bening, keluar dari bibir siswi SMU itu. Syair yang dinyanyikannya membuatku hampir kehilangan kesedaran. Aku dibelenggu kecemasan dan goncangan hati yang menderu. Semua manusia ikut larut dalam syair kerinduan itu. Tak ada yang sunyi. Semua tergamam. Mereka bersaksi bahwa mereka merindukan Rasulullah.

Di sampingku ada seoarang ibu yang menatap heran diriku. Seolah bertanya ada apa gerangan dengan diriku? Mengapa aku menangis? Aku memilih diam dan larut dalam resapan lagu itu. Selang dua baris lagu tersebut, aku mendengar suara tangis begitu menyayat hati. Rintihannya pilu penuh duka. Sampai bibirnya bergetar tiada henti memanggil nama Rasulullah saw. Aku ingin tahu siapa gerangan dia yang berhati pilu. Aku mengerakan kepalaku. Bergeser ke arah kanan menuju sumber suara pilu itu. Aku hampir saja terkejut. Yang menangis pilu rupanya si ibu tadi yang menatapku keheranan.

Aku menangis lagi. Tak berkudrat lagi menggumamkan syair rindu buat Nabi tercinta. Entahlah, saat itu, semua mata manusia di perayaan Maulid Nabi, berbinar menahan haru. Mereka larut dalam gerak bibir kerinduan. Kerinduan pada al-Musthafa.

Aku masih tak bisa menghentikan tangisku. Bunyi biola itu makin menyayat hatiku. Gumam lagu itu membuat hatiku bergemuruh. Rasa maluku yang besar pada Rasullullah tiba-tiba muncul. Kekerdilanku di hadapannya benar-banar nyata. Aku tak kuasa. Aku rindu pada Rasulullah, tapi aku malu. Malu dengan dosaku yang teramat banyak. Malu dengan besarnya kecintaan Dia padaku. Aku benar-benar tak kuasa menahan haru. Air mata ini terus menderas. Dan aku tak ingin air mata ini berhenti. Aku benar-benar menikmati kerinduan; kerinduan disapa kanjeng nabi. Kerinduan menyapa dia.

Aku ingin pengalaman ini terus selalu hadir di setiap saatku. Di hujung syair, semua tangis meledak. Semua kepala merunduk. Semua tangan menutup muka menutup malu. Semua getar di hati tumpah dalam kerinduan pada Kanjeng Nabi. Kami diam dalam hening.

Salam bagimu ya Rasulullah... Aku maerindukanmu ya Rasulullah.

Di mana gerangan ruhmu yang suci berlabuh; aku ingin memeluknya. Di mana gerangan jasadmu yang suci berbaring; aku ingin menciumnya.

Salam bagimu ya Easulullah. Izinkan aku berziarah ke pusaramu yang suci. Aku ingin menangis dan menyapamu di sudut makammu yang hening. Aku ingin menatap pandumu dalam kerinduan yang syahdu. Salam bagimu ya Rasulullah. Izinkan aku bertemu denganmu, sedetik saja.

Salam bagimu ya Rasulullah... dari hambamu yang kotor dan berdebu...
Salam maulidur Rasul buat semua..
(olahan daripada OASE QALBU)