CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 26 Februari 2010

kERINDUAN PADAMU YA rASULULLAH..



Salam bagimu ya Rasulullah. Izinkan aku menziarahi pusaramu yang suci. Aku ingin menangis dan menyapamu di sudut makammu yang hening. Aku ingin menatap pandumu dalam kerinduan yang syahdu. Salam bagimu ya Rasulullah. Izinkan aku bertemu denganmu, walau sedetik cuma.

----------
Rindu kami padamu ya Rasul Rindu tiada terperi Berabad jarak darimu ya Rasul Seakan dikau di sini Cinta ikhlasmu pada manusia bagai cahaya suwarga Dapatkah kami membalas cintamu secara bersahaja

Air mata ini mengalir begitu saja. Syair itu begitu indah dan bersahaja. Aku tak sangup untuk mendengarnya sampai bait akhir. Tulus suara dan ungkapan kasih yang bening, keluar dari bibir siswi SMU itu. Syair yang dinyanyikannya membuatku hampir kehilangan kesedaran. Aku dibelenggu kecemasan dan goncangan hati yang menderu. Semua manusia ikut larut dalam syair kerinduan itu. Tak ada yang sunyi. Semua tergamam. Mereka bersaksi bahwa mereka merindukan Rasulullah.

Di sampingku ada seoarang ibu yang menatap heran diriku. Seolah bertanya ada apa gerangan dengan diriku? Mengapa aku menangis? Aku memilih diam dan larut dalam resapan lagu itu. Selang dua baris lagu tersebut, aku mendengar suara tangis begitu menyayat hati. Rintihannya pilu penuh duka. Sampai bibirnya bergetar tiada henti memanggil nama Rasulullah saw. Aku ingin tahu siapa gerangan dia yang berhati pilu. Aku mengerakan kepalaku. Bergeser ke arah kanan menuju sumber suara pilu itu. Aku hampir saja terkejut. Yang menangis pilu rupanya si ibu tadi yang menatapku keheranan.

Aku menangis lagi. Tak berkudrat lagi menggumamkan syair rindu buat Nabi tercinta. Entahlah, saat itu, semua mata manusia di perayaan Maulid Nabi, berbinar menahan haru. Mereka larut dalam gerak bibir kerinduan. Kerinduan pada al-Musthafa.

Aku masih tak bisa menghentikan tangisku. Bunyi biola itu makin menyayat hatiku. Gumam lagu itu membuat hatiku bergemuruh. Rasa maluku yang besar pada Rasullullah tiba-tiba muncul. Kekerdilanku di hadapannya benar-banar nyata. Aku tak kuasa. Aku rindu pada Rasulullah, tapi aku malu. Malu dengan dosaku yang teramat banyak. Malu dengan besarnya kecintaan Dia padaku. Aku benar-benar tak kuasa menahan haru. Air mata ini terus menderas. Dan aku tak ingin air mata ini berhenti. Aku benar-benar menikmati kerinduan; kerinduan disapa kanjeng nabi. Kerinduan menyapa dia.

Aku ingin pengalaman ini terus selalu hadir di setiap saatku. Di hujung syair, semua tangis meledak. Semua kepala merunduk. Semua tangan menutup muka menutup malu. Semua getar di hati tumpah dalam kerinduan pada Kanjeng Nabi. Kami diam dalam hening.

Salam bagimu ya Rasulullah... Aku maerindukanmu ya Rasulullah.

Di mana gerangan ruhmu yang suci berlabuh; aku ingin memeluknya. Di mana gerangan jasadmu yang suci berbaring; aku ingin menciumnya.

Salam bagimu ya Easulullah. Izinkan aku berziarah ke pusaramu yang suci. Aku ingin menangis dan menyapamu di sudut makammu yang hening. Aku ingin menatap pandumu dalam kerinduan yang syahdu. Salam bagimu ya Rasulullah. Izinkan aku bertemu denganmu, sedetik saja.

Salam bagimu ya Rasulullah... dari hambamu yang kotor dan berdebu...
Salam maulidur Rasul buat semua..
(olahan daripada OASE QALBU)

Isnin, 8 Februari 2010

KEM GEMILANG FSU JANA PELAJAR TERBILANG




Bandar Baru Nilai, 4 Februari 2010 - “Menyalahkan orang lain tidak dapat menyelesaikan masalah. Jangan mencari siapa yang salah sebaliknya selidik apa yang salah dan perbetulkan untuk kebaikan bersama” ucap Y.Bhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Pengarah Urusan dan Perunding Utama Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.”Kenali kehebatan dan potensi diri sendiri untuk tampil yakin di hadapan umum dan cari kemahiran diri yang boleh dibanggakan” tambah beliau semasa memberi ceramah kepada pelajar Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Kem Gemilang FSU 2010.

Hampir 500 pelajar Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM menyertai Kem ini yang bertemakan ‘Mengangkasa Kecemerlangan Diri untuk Menjana Pelajar Terbilang’. Kem ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Bachok M. Taib, Pemangku Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa mewakili Naib Canselor USIM.Antara kandungan kursus sepanjang kem ini berlangsung adalah seperti penganalisisan kendiri, teknik belajar di IPT, komunikasi pembelajaran di IPT, memperseimbangkan penghidupan di IPT dan rangka tindakan merealisasikan kecemerlangan di IPT.


Menurut Y.Bhg. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah, berdasarkan kajian terdapat beberapa masalah yang menjadi punca pelajar tidak dapat memberikan tumpuan yang baik dalam pelajaran sekaligus tidak dapat mempamerkan kejayaan yang cemerlang. Ianya berpunca dari perasaan rendah diri dalam diri setiap pelajar. Kebanyakan pelajar mudah mengkagumi kehebatan orang lain sehinggakan tidak sedar dengan kehebatan dan kebolehan diri sendiri.Beliau menambah, tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan sekiranya tidak berusaha. Sekiranya gagal untuk membangunkan diri, berubahlah dan bersedia untuk diubah oleh orang lain.

“Sentiasa yakin dengan kebolehan diri sendiri. Berusaha, berdoa dengan yakin dan beristiqamah, Insya Allah akan dipermudahkan oleh Allah”, tambah beliau lagi.

Muhamad Khairil Kamarudin, 22, pelajar tahun 3 Jurusan Syariah dan Undang-Undang berkata, “Kursus sebegini bagus untuk memberi motivasi dan meningkatkan semangat di kalangan pelajar. Banyak tips-tips yang berguna diberikan untuk memajukan diri dalam mencapai kejayaan”.Sementara itu, Nur Afiqah Norman, 21 , berharap kursus seperti ini dapat membuka minda pelajar disamping dapat mengenali diiri sendiri dan berusaha untuk berubah dan lebih cemerlang di masa hadapan.


Oleh :Siti Maizatul Akmar Ismail
Pembantu Wartawan
Unit Komunikasi KorporaT
http://www.usim.edu.my