CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 19 November 2009

TAUJIHAT BUAT ADIK-ADIK SPM &STPM

“TIDAK ADA LAUTAN YANG LUAS, LURAH YANG DALAM DAN JALAN YANG SUSAH BAGI ORANG YANG MAHU”

Selamat me’luah’kan ilmu dalam peperiksaan buat adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM tidak lama lagi. Moga-moga medan ini mampu memberi peluang untuk kalian menempa kejayaan yang lebih gemilang.

Ingatlah adik-adik,

Kejayaan bukanlah suatu kebetulan, tapi suatu pilihan.



It’s beginning how you create your life.. Start daripada sekarang kat mana adik-adik akan meneruskan perjuangan. Kalu besar cita-cita yang kita harapkan maka besar jugalah pengorbanan.Jadikan SPM/STPM ni sebagai wadah untuk meneruskan perjuangan…ingatlah “Tiada siapa yang dapat mengubah sesuatu kaum itu mlainkan dengan dirinya sendiri”. Apa-apapun k.yue sentiasa doakan dari jauh kejayaan kalian.


Apa-apa pun adik-adik, yakinlah. Percaya setiap ketentuan yang telah Allah tetapkan untuk kita. Dalam masa yang sama, teruskan usaha sehingga ke puncaknya. Moga kalian akan berjaya menempuh peperiksaan ini dengan tenang dan bersungguh-sungguh, DEMI ISLAM!Setelah itu, bertawakkallah dan berdoa mudah-mudahan setiap apa yang dilakukan berjaya.

Salam kejayaan buat semua..

Sekiranya kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.
(surah ali-imran 3; 159)

Bicara Tentang UKHWAH



Manusia, seringkali melihat bahawa ukhwah itu hanya semata-mata hubungan antara dua orang sahaja. Tetapi hakikat yang sebenarnya adalah ukhwah itu tidak terbatas kepada manusia sahaja, dan tidak semestinya kepada orang kita kenal semata.

Ukhwah yang baik adalah tidak dapat tidak mestilah bersandarkan pada keimanan yang benar kepada Allah S.W.T. daripada sinilah wujudnya bersangka baik antara hubungan yang terjalin. Tanpa ukhwah yang hadir tanpa keimanan yang mantap kepada Allah sudah pasti prasangka baik takkan wujud dalam diri kita.

Baiklah, bila kita lihat pula pada tingkatan tertinggi ukhwah, yakni ithar, ataupun melebihkan sahabat berbanding diri sendiri, ia merupakan suatu pengorbanan yang tinggi dalam diri seseorang. Tanpa keimanan yang benar juga, maka sukarlah wujudnya ithar dalam diri mereka. Kita perlu tanamkan dalam diri kita seandainya sahabat itu tadi tak mampu membalas jasa dan pengorbanan kita, maka biarlah Allah sahaja yang membalasnya di akhirat kelak. Bukankah itu setinggi-tinggi balasan yang perlu kita peroleh?

Sesungguhnya setiap yang beriman itu bersaudara.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Tidak beriman seseorang kamu itu melainkan dia mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”
(Riwayat al-Hadis)

Ironinya rentak ukhwah yang sebegini sukar ditemui dalam masyarakat kita hari ini. Jangankan kata untuk melebihkan orang lain, hatta bersangka baik pun kabur disebabkan unsur-unsur hasad dan prasangka buruk sesama kita. Tanpa kemantapan ukhwah ini maka bagaimanakah pula untuk terbitnya kesatuan ummah? Tanpa kesatuan, maka dengan mudahlah ummah hari ini runtuh andai dilanda bagai, sedikit terjentik, terus roboh berpecah sesama sendiri.

Pertelagahan berlaku..

Bila dilihat pada sorotan sejarah lampau, ia sudah cukup menginsafkan kita. Renunglah bagaimana dengan mudah penjajah Barat meruntuhkan khalifah Islam suatu ketika dulu. Mereka memecah belahkan golongan yang beriman ini dengan dengan tembok sempadan. Akhirnya, daripada situ muncullah masyarakat yang sama dalam keimanannya, tetapi mementingkan diri masing-masing sahaja, tanpa ada rasa persaudaraan yang benar kepada saudara seimanannya yang lain, walau bersebelahan negara.



Nukilan damai ini saya tujukan khas buat teman yang amat dikasihi, disayangi, dirindu..segala-galanya kerana ALLAH. Moga dia sentiasa diberi kekuatan menempuh corak kehidupan ini..

“Apakah kamu menyangka dapat memasuki syurga dan kamu tidak didatangkan (ujian) kamu sebagaimana (telah diuji) mereka-mereka yang terdahulu dari kamu, mereka ditempuh kesusahan dan kesulitan, terasa (bumi) bergegar sehingga mereka yang beriman bersama Rasul berkata: “Bila lagi pertolongan dari Allah?”, Rasul berkata: “Bahawasanya sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”

( Al-Baqarah: 214)
Sabarlah sahabatku

Saat hati benar-benar diuji,
Itulah tanda kasih Ilahi buatmu,
Kita ini hanya menumpang di buana ini, pastikan mati..hanya saat yang menanti.

Sabarlah temanku, saat kau teruji,
Syukurilah nikmat itu,
Kerna Allah kasihkan dirimu,
Kerna Allah sayangkan kamu,
Itulah tanda Dia sentiasa bersamamu.

Kau insan mulia sahabatku, tiada tara kau tutupi gundahmu,
Semuanya kau telan sendirian tak mahu terbit pun kedukaaan,
Kau insan mulia sahabatku,
Jernih wajahmu sering terpancar menutupi rona-rona kerumitan yang kau rasai.

Sabarlah sahabatku,
Kekuatanmu memberi sinar kebahagian buatku..

Selasa, 17 November 2009

Bilakah KITA??


Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.
(Surah Ali Imran:ayat 185)


Sayu rasa hati.. teringat saat kematian, pasti makin hampir terus hampir. Tanpa bekalan, bagaimanakah kita untuk bertemu Allah Rabbul Jalil?

Apakah perkhabaran tentang kematian suatu peringatan dari Tuhan buat kita?

Saat yang benar-benar tak dapat dilupakan tanggal Ogos 2007, ibu saudara meninggal. Entahlah, kenapa saat ni saya teringat benar pada dia. Kematiannya suatu amaran keras buat saya.

Saya juga manusia, terkadang alpa, leka dan lalai sepertimana manusia lain, turun naik iman yang saban hari terasa.

Ya, saat itu saya juga pasti akan diambil Allah ajal kematian. Tertulis di Luh Mahfuz kita sekian dan sekian tarikhnya. Andai kita tahu pasti kita akan cepat-cepat memperbanyakkan amalan menuju ke sana, rumah seterusnya buat kita, saat bertemu denganNya. Namnun bagaimanakah persiapan kita sebenarnya?

Mak cik meninggal dalam kemalangan ketika perjalanan ke kampung yang pada masa itu saya juga berhasrat mengikut sama. Allah telah mengatur segalanya, memberatkan hati untuk tidak pulang sama. Sedangkan waktu itu saya teramat rindu, rindu pada ibu ayah.








Tiada yang dapat menggantikan mak cik, terhambur kata-kata seorang suami yang senantiasa setia di sisi saat menguruskan jenazah. Ya, saya tahu..mak cik seorang yang baik, solehah dan taat pada suami. Teramat. Tak pernah terdetik di hatinya untuk melawan apatah lagi mengingkari kehendak suami selagi tidak bertentangan dengan syariat. Maruah dijaga tatkala suami keluar mencari rezeki, tidak pernah sesekali menampakkan auratnya di hadapan yang bukan mahram. Ya, dia mati dalam keadaan yang baik, saat mengandungkan zuriat hanya beberapa bulan di dalam kandungan, juga dalam kemalangan ya terlalu dahsyat. Sinar pada wajahnya tergambar.

Saya tidak mampu menahan sebak. Menangis dan terus menangis pada waktu itu..dan saya tak tahu bagaimana andai Allah cabutkan nyawa insan-insan yang sayang.. saat saya pulang, ibu memeluk, memeluk erat kerana anaknya ini selamat..masih lagi dipanjangkan usia.

Peristiwa tersebut dah lama berlalu. Tapi masih terawang-awang di kotak fikiran..

Saat mengingati suatu kematian, terasa saya masih belum cukup amalan jika hendak dinilaikan dengan allahyarhamah atau juga hmba-hamba Allah soleh dan solehah yang lain.

Kematian itu suatu yang pasti.. tapi saya tak pasti apakah bekalan saya ini sudah cukup untuk dibawa ke sana. Setiap hari melakukan kesilapan, amalan yang tak terjaga, baik tanpa sedar mahupun tidak.

Bagaimanakah kita di sisi Tuhan..? Ya Allah, hambaMU ini sering terleka, terabai suruhanMU, terbuat laranganMU.. Ya, masihkah ada kesempatan untukku meraih syurgaMU? Masihkan mampu untukku meneguk cintaMU..? Aku juga insan biasa yang punya naluri seperti manusia lain, berikanlah aku kekuatan..

Ahad, 15 November 2009

Baiah Bukti Komiten pada Perjuangan ISLAM

Harakahdaily

Kontroversi mengenai bai'ah talak tiga yang digembar-gemburkan media selama beberapa hari lalu terjawab apabila Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mendedahkan tidak wujud lafaz bai'ah talak tiga dalam amalan rasmi parti.

Walau bagaimanapun, isu yang tidak disentuh ialah bai'ah itu sendiri, yang tenggelam akibat isu penganiayaan terhadap wanita melalui cerai talak tiga sekiranya mengkhianati parti.

Hakikat bahawa PAS menggunakan istilah bai'ah menunjukkan hubungan rapat amalan ini dengan Islam, sesuai dengan kedudukan PAS sebagai jamaah dan parti yang memperjuangkan Islam.

Dalam sejarah Islam, pemilihan ketua untuk memimpin umat disusuli dengan bai'ah atau janji taat setia daripada rakyat, sebagai menyempurnakan kontrak melibatkan pemimpin dan rakyat.

Hal ini kerana kedudukan kepimpinan ialah amanah besar yang akan dipertanggungjawabkan di akhirat, dan pada masa yang sama, setiap rakyat juga mempunyai tanggungjawab tersendiri, termasuk mematuhi pemimpin yang diberi amanah itu.

Dalam sejarah, umat memberikan janji untuk setia pada ketika senang dan susah dan pada perkara yang disukai dan tidak disukai. Ini semua menunjukkan komitmen yang besar dan secara praktisnya menjadi salah satu syarat kejayaan sesebuah organisasi.

Kerana inilah, semangat kekitaan dan perpaduan umat dapat dipelihara. Pemimpin menyedari amanah yang ditanggung dan rakyat mengemukakan janji untuk taat setia.

Dalam sejarah terkini politik negara, bai'ah ini telah berjaya memastikan wakil-wakil rakyat PAS tidak mengkhianati parti dan mandat yang diberikan oleh rakyat dalam pilihan raya.

Bai'ah ini perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas dan tidak dipermudahkan kepada "cerai talak tiga" yang disensasikan sesetengah pihak.

Sejarah Islam telah menunjukkan pengorbanan yang besar dilakukan oleh mereka yang memilih jalan perjuangan. Nabi Muhammad saw sendiri berdepan cabaran dan ancaman yang hebat dalam perjuangan menyebarkan Islam.

Pengkhianatan kepada perjuangan membawa kesan yang besar dan mungkin berpanjangan.

Dalam konteks hari ini, lafaz laknat sekiranya mengkhianati perjuangan Islam perlu dilihat dalam konteks sejarah panjang perjuangan Islam yang bukan bermula dan berakhir dengan perjuangan PAS.

Perjuangan yang besar ini perlulah diletakkan harga yang mahal, dan mereka yang terlibat perlulah bersedia memberikan janji yang sewajarnya.

Perjuangan dalam jamaah Islam ialah satu komitmen sepanjang hayat yang matlamatnya bukan sekadar kuasa, kedudukan atau harta. Oleh sebab itu, perlulah janji untuk taat setia yang tegas diberikan.

Bai'ah juga secara tidak langsung mendorong kepimpinan jamaah dan seluruh ahli untuk menetapkan perjuangan dalam jalan yang benar dan menepati prinsip-prinsip perjuangan Islam.

Ini kerana bai'ah yang dilakukan ialah untuk perjuangan Islam dan oleh itu, jamaah yang diwakili itu perlulah tetap berada di jalan yang benar.

Berdasarkan sensasi di media negara ini, dapat diperhatikan tidak mudah untuk banyak pihak dari luar PAS memahami bai'ah dan implikasinya dalam perjuangan Islam.

Tetapi, bagi PAS, sebuah jamaah dan parti Islam, bai'ah ini menjadi bukti komitmen ahli-ahli kepada perjuangan Islam. Bai'ah ini menunjukkan kepada semua bahawa perjuangan PAS ialah perjuangan Islam.

Mengapai Cinta Ilahi..


"Ohh TUHAN..
Seandainya telah Engkau catatkan dia miliku tercipta utk diriku..
Satukanlah hatinya dengan hatiku..
Titipkanlah kebahagian..
YA ALLAH..

Ku mohon apa yg telah kau tkdirkan..
Ku harap dialah yg terbaik buatku kerana engkau tahu segala isi hatiku..
Pelihara daku dari kemurkaanMu.."




"Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di
mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu
lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit. Oleh sebab bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.


Begitulah juga setelah kamu memberi banyak
pengharapan kepada seseorang, setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya
begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu. Mungkin tidak dapat melupakan
segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.
Cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak, tentu sukar
untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu
cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.


Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa, anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya akhirnya kamu kecewa
meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan
berterusan hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk
dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, dan cuba
mencari makanan yang lain? Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak,
nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.


Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu
pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila
dia menjadi milik orang lain.