CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Jumaat, 11 September 2009

~AmaLaN-aMalaN RasuLuLLaH di SePuLuH yaNG TerakHiR~



Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah.. hari ni dptlh jg mncuri sdikit masa mengadap teratak yang semakin bersawang. Ya Allah minggu-minggu yang mendatang diri semakin dihimpit tugasan. Bantulah hambaMu ya Allah. Aku hanya merancang Kau juga merancang, namun sesungguhnya Kaulah sebaik-baik perancang. Semakin dekat kita menghampiri penghujung kemulian ramadan, diri semakin dimamah dengan bebanan pelbagaitugasan..namun perlu kita pujuk hati, ikhlas kan diri agar ia juga menjadi suatu ibadah yang besar buat diri kita.

Assalamualaikum. Apa Khabar sahabat-saabat, kakak-kakak, adik-adik? Moga dalam keaadan yang sihat sejahtera selalu hendaknya.

Bila kita check balik, apakah sudah cukup amalan kita? Masih tidak puas sebenarnya..banyak yang perlu kita top up dari semasa ke semasa. Di ruangan yang amat padat ini satu perkongsian yang boleh kita ambil manfaat bersama agar sebati dalam diri kita dalam usaha mengejar lailatul qadarnya. Semoga kita dapat mengamalkan amalan-amalan yang telah rasulullah s.a.w amalkan ini.

1. Menghidupkan malamnya.
"Adalah Rasulullah apabila telah masuk sepuluh yg terakhir dari bulan Ramadhan, beliau menghidupkan malamnya dan membangunkan ahli keluarganya yang mengikat pinggangnya."




2. Membangunkan keluarga untuk solat di sepuluh yg terakhir.Riwayat daripada Saidina Ali "Adalah nabi SAW membangunkan keluarganya di sepuluh yg terakhir dari Ramadhan dan nabi membagunkan pula semua anak kecil dan orang dewasa yg sanggup solat"

3. Mengikat tali pinggang. Maksud tali pinggang ialah Nabi meningkatkan kesungguhannya dalam beribadah. Bahawa Nabi selama sepuluh yg terakhir tidak menyetubuhi isterinya kerana beriktikaf dan mencari Lailatul Qadar. Sememangnya orang yg beriktikaf tidak mendekati isteri.

4. Melambatkan berbuka hingga bersahur. Dari Saidatina Aisyah r.a. "Adalah Rasulullah SAW bila memasuki bulan Ramadhan, baginda mengerjakan qiam Ramadhan dan baginda tidur. Apabila memasuki sepuluh yg terakhir, baginda menjauhi isterinya. MAndi antara dua azan dan makan malam dijadikan sahur. Menurut pendapat Ibn Jurair, bahawa nabi berwisol (menyambung menahan) sehinggan sahur. Perkara ini boleh dilakukan oleh orang yg sanggup dan tidak disukai bagi orang yg tidak sanggup dan sama sekali tidak dibenarkan berpuasa sepanjang malam.

5. Mandi diantara Maghrib dan Isyak dan berpakaian indah. Diriwayatkan oleh Ibn 'Asim, bahawasanya Huzaifah mengerjakan qiam Ramadhan bersama Rasulullah pada suatu malam Ramadhan, maka mandilah nabi dan didindingi oleh Huzaifah, kemudian sisa air itu dipakai oleh Huzaifah buat mandi dan pada permandian Huzaifah, Nabi melindungi/ mendindinginya. Berkata Ibn Jurair: Bahawa para sahabat menyukai mandi pada setiap malam dari mana-mana malam yg terakhir. Diantara para sahabat ada yg mandi dan berwangi-wangian pada malam-malam yg diharapkan Lailatul Qadar. Seperti Zar Bin Hubai menyuruh mandi pada 27 Ramadhan, diriwayatkan dari anas, bahawa beliau bila memasuki malam 24, beliau mandi dan berwangi-wangian, memakai pakaian yg istimewa (indah) pada pagi harinya disimpan kembali.

6. Mencari Lailatul Qadar. Bersabda Rasulullah SAW yg bermaksud: " Barangsiapa berdiri pada malam Ramadhan lalu bertepatan dengan lailatul Qadar kerana imanya kepada Allah dan kerana mengharap pahala serta keredhaanNYa, maka diampunkan dosanya yg telah lalu.

7. Iktikaf di sepuluh yg terakhir. Diriwayatkan oleh Malik dalam Al-Muwatta’ dari Said Al-Khudri: “ Adalah Rasulullah beriktikaf pada puluhan yang kedua dari bulan Ramadhan. Pada satu tahun setelah sampai pada malam 21 iaitu pada malam yang ia keluar pada paginya dari iktikafnya.”
Baginda bersabda: “ Sesiapa yang beriktikaf bersamaku, maka hendakalah beriktikaf di sepuluh yang terakhir. Sesungguhnya aku telah diperlihatkan malam Al-Qadar, kemudian aku dijadikan lupa dan sungguh aku bersujud pada paginya di air dan di tanah kerana itu carilah ia di sepuluh akhir dan carilah ia di tiap-tiap malam yang ganjil”




Itulah antara amalan-amalan Rasulullah dalam waktu-waktu yang boleh kita panggil sebagai waktu kecemasan ini. Mungkin ada yang sudah sedia maklum sebelum ini berkenaan amalan-amalan Rasulullah ini dan saya yakin ada sebahagian besar dalam kalangan kita yang tidak mengetahuinya. Nah.. Sekarang kita sudah tahu dan yang tahu sudah diperingatkan, Maka apa lagi yg ditunggu?

Di sini, saya menyeru diri sendiri dan para sahabat sekalian...marilah kita sama-sama berusaha untuk merebut, mengejar dan memburu segala kebaikan-kebaikan dan ganjaran pahala yg banyak diakhir sepuluh Ramadhan ini. Ingatlah, Ramadhan mungkin akan bertandang lagi, tapi adakah kita akan masih di sini? Atau mungkinkah kita sudah kembali ke sisi Ilahi?

0 ulasan: