CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Selasa, 23 Jun 2009

Rasa Sayu Walaupun Tak Kenal..

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah Allah masih berikan kita peluang menikmati nikmat iman dan islam..baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kematian saudara kita yang telah dijemput Illahi di bumi Mesir. Allahyarham telah ditimpa kemalangan..dan yang paling menghayat hati dan sanubari saya, kematiannya itu setelah pulang daripada mencari tempat untuk mengadakan program..yang pastinya untuk ISLAM..sesungguhnya KEMATIAN ITU PASTI! Walaupun saya tidak mengenali Allahyarham Saudara doktor Muhammad Ammar Bin Zulkifli. tetapi pemergian Almarhum telah memberi sedikit kesan dalam diri kita...antara kesan nya adalah... 1) dapat dirasakan kekuatan ukhuwwah islamiah yang sangat kuat antara student mesir..saling forword berita tentang kejadian ini...juga sering sedekah kan al-fatihah juga mendoakan keselamatan sahabat2 lain yang terlibat dalam kemalangan ini. 2) terasa enitis air mata apabila membaca blog sahabat2 almarhum di http://komuniti.perubatan.org/ hampir sebahagian dari komuniti perubatan ini mencerita tentang kebaikan almarhum..dengan doa yang tak putus2 dihulurkan..serta dapat memberi peringatan buat kita yang masih hidup ini... 3) sayu hati bila membaca keratin akhbar yang mana ibunya mengatakan beliau hanya kehilangan seorang sahaja anak, tapi setelah itu ALLAH kurniakan berpuluh-puluh anak daripada kalangan sahabat-sahabat almarhum. 4) saya akan lebih berhati2....dalam setiap langkah iringi dengan doa..kita tidak tahu bila ajal akan tiba..yang pasti serahkan segalanya kepada ALLAH... ************************************************************************************ di copy dari YG gen7 Salam...Moga Allah mencucuri roh Almarhum Ammar Zulkifli dan menempatkannya bersama para syuhada dan solihin. Akhi, tiada yg kami kenal dan dengar mengenaimu kecuali yg baik-baik belaka.... Baik namamu pada penghuni dunia, moga baik jua namamu pada penghuni langit nan tujuh.. Senyum manismu, ketawa riangmu, sapaan ramahmu, teguran hikmahnya.. Kami rindukanmu! Ilmu yg kau ajari, sedeqah dan infaq yg kau huluri, dakwah yg kau langkahi... moga ini semua menjadi bekal terbaik utk menghadap kekasihmu... Saudara kamu,Huzaifah Md. NorAbou Risy doaku untukmu :"Ya Allah...tempatkan dia di syurgaMu..semoga kami semua bertemu dalam cintaMu yang Agung..syurga kekal abadi.."amin. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

0 ulasan: