CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 1 Jun 2009

ABAH..



Abah..

Bulan masihi..tanggal 1 Jun, genaplah umurmu 50 tahun, menandakan bertambah juga umurku abah.
Aku dah pun meningkat dewasa tanpa ku sedar.
Sekejap masa berlalu, terasa semalam memori kita bersama..tapi sorotan masa amat pantas meninggalkan kita.
Cinta dan kasih sayang antara kau dan ibu telah menjalinkan keharmonian antara kita.
Aku bangga kerana menjadi anakmu abah..
Masih segar dalam ingatanku, guru pertama yang mengajar aku mengaji al-Quran adalah insan yang aku panggil abah.. dan orang yang pertama mengajar aku membaca tulisan jawi sehingga lancar adalah juga orang yangku gelar abah.
Aku masih ingat, kejadian lampau saat aku malas membaca, malas buat latihan Matematik, siapa yang selalu tegur kalau bukan kau abah.. Akulah anakmu yang paling degil, keras kepala, dan macam-macam lagi..tapi dengan lembut kau katakan,

“Yue, yue kena rajin-rajin belajar, nanti boleh jadi contoh kat adik-adik, abah tak mampu nak bagi kemewahan pada Yue, tp hanya ilmu je yang boleh jadikan Yue orang berjaya nanti.”

Ya abah, aku ingat itu, masih terngiang-ngiang dalam kepala saat nasihat-nasihat yang bernas kau berikan untukku. Satu ketika aku pernah kena rotan, sebabnya kenapa..aku tak solat, kau rotan aku abah..aku masih ingat itu. Masa tu di sekolah rendah, aku culas sangat.

Kadang-kadang hati berkata, nak je rasa lagi..manis saat tu kerana dari situlah aku semakin mencintai solat, merindui Tuhan Yang Maha Kuasa..sehinggalah aku dihantar ke Sekolah Menengah Ugama, syukur sangat abah, Allah bagi kau hidayah untukku ke sekolah agama walaupun pada masa tersebut sahabat-sahabatku ramai yang ‘berkumpul’ di sekolah aliran biasa.. aku hilang sahabat..namun, aku dapat ilmu agama sepertimana yang kau impikan aku dapat.

Masa kecil, orang selalu katakan aku anak abah..oh..anak abah dah datang, sebijik macam muka abahnya kak long ni.. ye ke abah? Telah Allah takdirkan muka kita ada iras kerana akulah anakmu.. sampai satu ketika ibu katakan aku ni semua nak tiru abah.. dan kau jawab.. “Yue, benda yang elok yue ikut tapi kalau tak elok apa yang abah buat jangan ikut..” itulah didikanmu abah, dalam ketegasan terselit seribu kasih sayang.

Setiap apa yang aku mahukan kau beri, tapi masih ku ingat, kau pernah berpesan.. “Yue, abah boleh bagi apa yang Yue nak, tapi pengalaman..Yue kena pandai untuk mencari di luar. Abah takkan ajar, abah nak Yue berdikari dan usaha sendiri biar Yue tahu apa erti hidup sebenar. Ya abah, setiap kali aku inginkan sesuatu kau pasti berikan tapi untuk hantar atau temankan kau pasti kau akan elak walaupun ada kelapangan, melainkan benar-benar memerlukan.. syukur abah sebab dari situ aku mampu belajar, berdikari, bertanya dan berani.

Sampailah di usiaku kini, aku masih lagi tak mampu untuk balas segala jasamu abah..masih jauh perjalananku di sini. Masa mula-mula aku menjejakkan kaki di kolej suatu ketika dahulu, kau pernah berpesan, “Yue kena yakin setiap pilihan yang yue pilih.. Allah dah aturkan yang terbaik untuk Yue, belajarlah sungguh-sungguh agar mampu bawa Islam suatu hari nanti.

Abah,

Setiap masa nasihat dan kata-katamu masih terngiang-ngiang di benak fikiran.. aku selalu berdoa agar aku jadi anak yang solehah buatmu. Terima kasih abah atas segala curahan kasih sayang abah dan ibu untuk kami.. mendidik kami dengan didikan yang sempurna dengan tarbiyyah Islam buat kami. Sayang dan kasih abah terhadap kami takkan mampu untuk kami balas walau dengan sejuta wang sekalipun. Hanya mampu kami berikan adalah kejayaan demi kejayaan buatmu ABAH…




JUN
berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan krn sikap baik
berperangai yg lemah lembut
mudah berubah sikap,perangaiidea @mood
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dgn segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
org yg sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yg tidak terkawal
sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya
adalah kawan saya.

0 ulasan: