CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Khamis, 1 Januari 2009

Titipan Kasih Persahabatan


Nurul Athirah (Yaa), ku mohon agar kau mengerti…

Pedih rasa hati ini biarlah aku tanggungnya sendiri. Aku sayangkanmu teman, tidak terniat untukku melukakan hatimu apatah lagi menghancurkan kasih persabatan yang terbina ini. Namun aku tak mampu..biarlah aku undurkan diri demi kebaikanmu..


Safi, jom..sori lambat. Yaa terlambat hari ni. “Tula sape suruh Safi tak kejutkan, tengok..kan kita dah lambat. Yaa tertidurla Safi lepas solat tadi.” Ngomel Athirah untuk aku. Aku tahu, sejak kami ditukarkan duduk di blok berasingan oleh pihak pengurusan asrama Universiti Kebangsaan Malaysia, kami dah tak dapat memastikan apa yang masing-masing kami buat. Seingat aku selalunya dia yang kejut aku bangun pagi, tapi pagi ni aku pulak yang dipersalahkan. Yelah, mungkin sebab aku ni suka ‘kacau-kacau’ dia masa duk sekali dulu kot. Aku hanya senyum, sebab walau selambat mana pun dia, aku tetap akan tunggu sebab dialah kawan baik aku kat sini. Tapi..mampukah kami untuk terus sentiasa bersama.

Pembelajaran di kelas baru sahaja bermula..kami taklah belajar lagi sebab ni baru minggu pertama. Lecture kebanyakkannya hanya bagi penerangan tentang course outline untuk semester ni..penat jugak rasanya, kelas jauh-jauh. Tapi aku selalu pujuk hati supaya kuat, anggap ni mungkin dugaan untuk aku dan sahabat-sahabat agar dapat teruskan pembelajaran kat sini. Biasalah..kami pelajar… tapi, satu yang aku khuatir, mampukah aku jadi seorang sahabat untuk sahabat-sahabat aku terutamanya Yaa..? Ye, Yaa..insan yang banyak mengubah aku, menjadikan aku seorang yang menghargai seorang kawan, kata-katanya penuh hikmah. Aku tahu kami pasti akan berpisah juga suatu hari nanti, sekarang terpisah di blok yang berlainan dan lepas ni tak mustahil pulak kalau suatu hari nanti kami bukan lagi bersahabat. Yaa, aku terpaksa memilih jalan ini..aku rindukan kenangan kita..tapi biarlah aku pendamnya sorang Yaa..

“Munirah, kenapa dengan Safi ek? Dia gi mana? Kenapa dia tak tunggu saya masa keluar kelas tadi?” Tanya Athirah kepada Munirah.

“Tak tahulah Yaa, tapi tadi saya tengok dia keluar dengan Balqis dan Anis. Dia ada hal kot.” Jawab Munirah.

“Hm, xpelah, jom Munirah..kita pergi kafe. Biarlah dengan Safi. Mungkin dia ada hal lain. Tapi kan Munirah, selalunya kalau Safi nak gi mana-mana mesti dia ajak saya, pelik jugak. Sejak bukak sem baru ni dia selalu macam ni. Mungkin saya ada salah dengan dia kot, kan Munirah..ada tak dia cakap apa-apa kat awak pasal saya?” luah Nurul Athirah buat sahabatnya itu.

“Eh, mana ada Yaa. Saya tak perasan pun macam tu. Kan korang selalu datang kampus sama, apa pulak macam tu... mungkin dia ada hal kot, tu dia selalu keluar cepat.” Jawab Munirah menyedapkan hati kawannya itu walaupun dia tahu perubahan akan mereka.

Balik daripada kampus petang itu, Athirah mengajak Safiyyah makan sama-sama dan berjanji untuk ke blok sahabatnya itu. Tepat jam 3.00 petang, mereka makan sama-sama makanan yang dibeli di kafeteria Pak Abu. Athirah macam biasa makanan favourite dia tulah yang selalu dia tempah, sup campur dengan ayam goreng. Manakala Safiyyah pulak masakan tomyam dengan ayam kicap. Citarasa mereka kebiasaannya lebih kurang sama, iaitu yang tidak berunsurkan kari. Itulah sahabat namanya..

“Safi, sedapkan..dah lama kita tak makan sama-sama. Nanti bilalah pulak kita boleh makan macam dulu, selalunya makan sama tapi kali ni susah dahla.. kenapalah kita kena tukar, kejam sungguh orang asrama ni.” Begitulah Athirah..meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya itu.

Dalam senyuman, Safiyyah berusaha menyejukkan hati dan cuba memujuk sahabatnya itu agar redha atas setiap yang berlaku. Masa makan, Safiyyah sebenarnya lebih berdiam diri. Jauh dari sudut hatinya, dia mengiakan kata-kata sahabatnya itu. Pedih rasa hati kerana mungkin Allah ingin menjauhkan mereka. Itulah yang selalu Safiyyah fikirkan. Setiap malam matanya menitis bila mengingatkan kenangan-kenangan indah tika bersama dulu.
“Tapi Safi, Yaa pasrah kalau itu ketentuan Allah. Tapi satu je Yaa mohon..persahabatan kita tak putus walau kita tak duduk bersama. Setiap yang telah Allah tetapkan pasti ada hikmah di kemudian hari. Mungkin Allah nak kita rasa cabaran yang lebih besar. Sebenarnya dari cabaran itulah yang akan mematangkan diri kita, betul tak Safi?” tambah Athirah. Sepanjang mengenali Athirah, Safiyyah memang tahu..sahabatnya tu mudah cool atas apa yang berlaku pada dirinya. Setiap kata-kata dia pasti ada pesanan di akhirnya. Melapangkan pada setiap hati-hati yang mendengar. Jauh Safiyyah termenung…hanya membalas kata-kata sahabatnya itu dengan senyuman.

“Safiyyah, kenapa awak senyap je.. saya mintak maaf.. tak dapat tahanlah.. saya rasa kita dah semakin jauh.” Akhirnya ucapan yang Safiyyah tak ingin dengar keluar jugak dari mulut sahabatnya itu. Dia tahu pertanyaan itu akan diajukan tapi ni time makan, kenapalah dia Tanya jugak! Ngomel hati Safiyyah.

“Sabarlah Yaa..Auni ada bagitahu awak apa-apa tak pasal malam semalam? Saya pun rasa benda yang sama Yaa.” Safiyyah akhirnya turut meluahkan, namun tangisannya di depan Auni biarlah mereka berdua sahaja yang tahu. Jangan pada Yaa. Malam tu dengan tidak sengaja Safiyyah mengalirkan air mata setelah bercerita tentang keseronokan dan keriangan bersama kawan-kawan sebillik terutama dengan Athirah. Kebetulan pada masa tu Auni, budak bilik Athirah datang untuk melawatnya dan bertanyakan khabar setelah lama tidak berjumpa. Auni juga salah seorang rakan serumah, tahu akan keakraban mereka. Safiyyah meluahkan yang dia rindu sangat pada kenangan-kenangan indah di Blok AISYAH HUMAIRA’ di aras 2, bilik 1. Cukup indah..bertemu dengan seorang sahabat yang penuh ilmu, kebaikan dan kelembutan yang jelas terzahir di rautan wajahnya.

“Yaa mintak maaf kalau ada buat Safi terasa..tolong Safi, cukuplah apa yang Safi dah buat. Yaa tahu Safi cuba menjauhkan diri..” terus terang Athirah terhadap perubahan Safiyyah pada suapan terakhirnya petang itu.

“Yaa redha Safi andai awak dah tak suka untuk teruskan persahabatan kita ni. Cuma satu je yang saya nak bagitahu, sepanjang kat sini awaklah sahabat baik saya. Bagitahulah..kalau perlu untuk ubah, saya akan ubah.. saya ada tanya Auni, dia tak bagitahu, tapi saya tahu macam ada rahsia yang awak berdua simpan dari saya. Safi, malam tadi saya teringat sangat kat awak, teringat kenangan-kenangan lama..sampaikan air mata….. saya tak mahu kehilangan seorang sahabat yang begitu rapat dengan saya sepertimana kematian Amanina, cukuplah Safi..” luah Athirah pada sahabatnya itu.

“Tak Yaa, awak takde buat apa-apa pun, percayalah..perkara tu berlaku sebab saya, awak takde kaitan langsung..saya tak mahu perkara dulu berlaku. Biarlah awak selalu dengan Munirah, mungkin dia boleh ganti saya.” Jawab Safiyyah.

Yaa, biarlah saya sorang yang pendamnya. Saya rela lepaskan awak sekarang..saya tak mahu kenangan dulu merajai jiwa saya. Pedih Yaa..saya rindukan kemesraan kita dulu, nasihat dan tunjuk ajar awak..tapi..
.
Biarlah air mata ini saja yang mengalir..

Begitulah Safiyyah..dia sendiri tak faham kenapa dia buat sedemikian sedangkan dia juga sayang akan sahabatnya itu. Tapi baginya, ini salah satu cara untuk dia melupakan Athirah. “Yaa, fahamilah hatiku ini..”

Akhirnya, setelah jawapan tidak juga Athirah peroleh, dia minta untuk undur diri setelah Safiyyah seakan tak mampu untuk menyeka air matanya. Rautan wajahnya yang gebu membuatkan Athirah memahami apa yang terzahir. Auni ada di bilik ketika Athirah masuk. Dia sedang baring di katil.

“Yaa, awak dari mana? Kenapa masam je muka awak hari ni saya tengok, ada masalah ke? Dah makan dah?” Ain bertanya sambil memeluk bantal peluk kecilnya.

“Em, dah..saya makan dengan Safi tadi. Saya takde apa-apa lah Auni..I’m ok… Auni, saya nak tanya, Safi kenapa ek? Dia macam dah tak suka kawan dengan saya. Dia ada bagitahu apa-apa tak pasal kesalahan saya kat dia?” tanya Athirah.

Seraya kawannya itu menjawab, “Yaa, dia ok jelah..awak takde apa-apa salah pun kat dia.”

Tak lama kemudian, Safiyyah datang ke bilik mereka… setelah salam diberikan, dia masuk dan mata Safiyyah bertentangan dengan mata Athirah. Sedikit senyuman Athirah berikan tapi itu cukup hambar buat Safiyyah.

“Safi, saya ok..saya tak akan paksa jika awak sukar untuk jawab soalan-soalan tadi. Cuma yang saya harap, jika ada salah yang telah saya buat, tegurlah. Kan itu yang selalu saya pesan sejak dulu lagi, saya tahu saya bukanlah manusia yang sempurna untuk menyedapkan hati semua orang. Cara awak yang menjauhkan diri cukup buat saya terasa Safi, atau mungkin awak tak suka saya rapat dengan Munirah, awak dah tak sayangkan saya sebagai seorang sahabat awak selama ni? Teka Athirah dengan nada yang penuh menusuk hati.

“Tak Yaa..tak! Saya tak terniat langsung macam tu. Ni bukan soal awak, awak tak de salah langsung pun dengan saya, Cuma saya je. Saya tak boleh bagitahu awak Yaa..tak boleh. Dan sedarlah, Munirah takde kaitan langsung dalam hal ni. Cukuplah, jangan silap faham lagi.”jawab Safiyyah.

Secara tiba-tiba, Auni bangun dari keadaan terbaring dan dengan nada serius dia cuba perbetulkan keadaan dua orang sahabatnya itu. Athirah dah salah faham fikirnya. “Cukup Yaa, kenapa awak tak faham..dia sayangkan awak Ya, sebab tulah Safi buat macam tu. Dia dah cukup terseksa. Dia tak nak dengan tengok awak, dia teringat kenangan masa kita di blok lama. Dia buat begitu sebab dia rasa cukup mustahil kenangan itu akan berulang lagi.” Terang Ain kepada Yaa. Safiyyah hanya tunduk dan mendiamkan diri..

“Safi…

Kenapa mudahnya jalan yang awak ambil? Tahu tak, cara awak seolah-olah cuba mengatur perasaan yang saya alami. Rasa kasih, sayang..bukan kita boleh bagi mudah-mudah Safi…ya, memang..Munirah juga sahabat saya, tapi kita lebih rapat. Kenapa awak cuba atur saya Safi, kenapa? Ingatlah, ni semua aturan Allah, Dia yang tentukan dan kurniaan perasaan ini pada kita, kita takde hak dalam menentukan takdir hidup kita apatah lagi orang lain. Saya kecewa Safi, saya kecewa dengan awak..” luah Athirah dengan linangan air mata.

“Yaa, maafkan saya Yaa..saya janji takkan buat macam ni lagi. Saya juga sayangkan awak. Awaklah sahabat baik saya. Saya akan ingat Yaa, biarlah Allah yang tentukan segalanya.. bertemu dan berpisah kita hanya kerana Allah..”

Tangan dihulurkan tanda kasih dua insan yang bersahabat kerana Allah. Begitulah kasih seorang sahabat yang sanggup memendam perasaan semata-mata tidak mahu melihat sahabatnya itu terluka. Lebih baik mengundur diri lebih awal kerana perpisahan pasti juga berlaku…

Kini setahun masa telah berlalu.. semusim ini jualah mereka menghitung rasa rindu. Namun kasih persahabatan, tetap terasa indah kerana segala-salanya kerana Allah. Bertemu tidak resah, berpisah tidak gelisah kerana tidak ketemu di dunia ini, mudah-mudahan mereka diketemukan di akhirat kelak.

Sisipan lirik lagu nasyid ini telah mengamit dua hati untuk merasai betapa besarnya erti persabatan yang ikhlas kerana Dia yang satu..hayatilah..



Perlukah

Menitis air mataku
Hilangnya sahabat sejati
Yang diam dikau pun merindu
Persahabatan abadi
Setiap detik teringatkan dirimu
Walaupun kau pergi membawa diri
Kasih sayang kita tidak terjangkau
Ditemukan impian yang murni
Perlukah daku ditinggalkan?
Perlukah engkau melupakanku?
Perlukah ada rasa kesangsian?
Perlukah ada rasa rindu.



0 ulasan: