CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Isnin, 1 September 2008

Kehadiranmu Ku Nanti.. Ramadhan..

KehadiranMu Ku Nanti…
Ramadhan..

Syukur kita lafazkan padaNya kerana masih sudi memberi ruang dan peluang untuk kita merasai nikmat dan kehebatan dalam bulan yang penuh barakah ini. Alhamdulillah juga kerana masih diberi nafas serta cahaya iman dalam diri untuk mengecapi peluang bagi menambahkan amalan yang seringkali kali kita abaikan. Di kesempatan ini ana ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menjalankan ibadah yang penuh bermakna buat semua yang mengenali. Ana juga menyeru diri ana yang dhaif ini serta diri kalian semua agar dapat sama-sama mengejar ganjaran pahala yang telah Allah janjikan. Anggaplah mungkin kehadiran bulan ini suatu peluang yang terakhir untuk kita kecapi kerana pasti tidak mustahil kita tidak akan sampai di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini pada tahun-tahun yang akan datang. Waallahua’alam..


Pada tahun kita cukup bertuah kerana kehadirannya sesudah sambutan kemerdekaan ke 51 kita rasai. Pasti ada kelainan pada jiwa setiap insan Muslim di bumi Malaysia ini kerana sambutan yang gemilang dan penuh makna ini beriringan menjelaskan betapa besarnya kenikmatan yang Allah telah kurniakan buat kita semua sebagai rakyat Malaysia. Namun, dalam kegembiran kita ini, janganlah dilupakan pada datuk nenek kita yang telah bersusah payah memperjuangkan kemerdekaan buat tanah air kita. Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi mengadap Ilahi… Manakala sahabat2, sering kita terdengar dan terbaca tentang ‘kegilaan’ golongan muda dalam menyambut hari kemerdekaa yang hakikat sebenar maksud bebas itu tidaklah mereka hayati. Amatlah rugi jika kita juga termasuk dalam golongan ini.

Mudahan-mudahan kita akan tergolong dalam golongan insan-insan yang terpilih dalam LailatulqadarNya nanti.. InsyaAllah. Wallahutaala’alam…

0 ulasan: